JumaaT

Hari ini hari jumaat.. sangat istimewa, terlalu istimewa, kenapa tidak, bukankah ia penghulu hari dalam Islam...

Dahulu, jumaat tiada signifikasi yang unik untuk diriku. Jumaat sama seperti hari-hari biasa.. Tiada beza. Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad. Untuk yang berkerja, jumaat mungkin sedikit istimewa sebab esok sabtu, cuti.. haha untuk si suri rumah - semua hari adalah hari bekerja dan semua hari adalah holiday.. kemana jumaat? tiap-tiap minggu pon ada jumaat - semua sama je, tiada beza..

Ramadhan 2011 mengajarku sesuatu.. menghargai Jumaat dan betapa istimewanya Jumaat si penghulu hari. Setiap hari atau minggu ada ujian tertentu yg diberikan oleh Allah, namun Jumaat akan menyimpul sebuah berita gembira untuk diri yang kerdil ini. Setiap Jumaat akan membawa rahmatnya yang tersendiri, dan dari sini hati mata ini terbuka.. betapa indahnya kekuasaan Tuhan..

Sukar untuk digambarkan, kerana perasaan itu lahir dari mata hati..

Cuba anda renung jumaat anda.. keindahannya ada di situ, mungkin kita terlepas pandang.. cuba rasai kenikmatannya, anda akan sangat bersyukur dan mengkagumi kekuasaan si pencipta di atas sana...

Comments

Popular Posts