Dunia yg hanya sementara...

Hari ini kami dikejutkan dengan berita suami salah seorang staff YS meninggal dunia.. Tiada sakit, tiada ribut.. dalam perjalanan ke office, suami nya dijemput Malaikat Maut.. tiada satu saat lambat apabila suratan sudah tertulis dan termaktub... Innalillah... Takziah kapada keluarga Kak Zura, semoga arwah dicucuri rahmat dunia dan akhirat..

Kak Zura seorang yang sangat rapat dengan warga tenaga YS. Orang nya baik, lemah lembut dan senang didekati. Mudah untuk semua orang nk relate dgn kehidupannya. Mudahnya Tuhan tarik nyawa suaminya, tiada sakit yang panjang.. kemalangan menyudahi cerita hidupnya. Namun, kemalangan itu jugalah menjadi cerita baru untuk buku baru kehidupan ahli keluarganya yang lain. saya mendoakan akan keluarga dan kak zura tabah mengharungi dugaanNya.. sedangkan kami yang hanye mendengar, tanpa mengenali arwah secara dekat, menggigil-gigil tangan mendengar cerita mengejut ini... Sabar ye Kak..

Astagfirullah hal Azim..

Sekiranya benda yang sama berlaku ke atas diri yang lemah ini, adakah kite bersedia untuk pasangan hidup/ ibubapa/ adikberadik untuk ditarik nyawanya oleh Malaikat Maut?? Hendak ckp - ye.. ikut sedap mulut, tak tahu la pulak hati yg bakal menanggung ckp apa.. Tp, insyaAllah, dengan kekuatan yg Allah pinjamkan, saya rela sekiranya suami saya dijemput dahulu.. dapatlah die berehat daripada menanggung azab dunia.. Biar saya meneruskan perjuangannya...

Tak dapat bayangkan, semalam masih bergurau senda, hari ini sudah tiada. Maka, berbuat baiklah sesama manusia, janganlah sakit-menyakiti, kerana ajal tidak ditentukan oleh kita..

saya hanya berharap, sekiranya saya dijemput, suami bakal mendapat isteri yang lebih baik untuk menggantikan dan menjaga anak-anak saya di dunia.. bunda di alam sana, akan sentiasa mendoakan semua...

Ya Allah, berkatilah hidup hamba-hamba mu di dunia ini..

Comments

Popular Posts