kerang & puteri-puteriku~





Kerang dan puteri-puteriku~

Ku akui, aku amat sibuk.. Meneraju perniagaan sehingga ke titisan yang terakhir. Byk pengalaman, pengajaran yg ku belajar dalam tahun yg sgt kritikal buat keluarga kami. Erti kehidupan yg sebenar. Kehidupan sebagai seorang Usahawan MELAYU. Terlalu banyak kegelapan yg ku nampak ketika mata dibuka dan terlalu banyak pencerahan yg ku perolehi ketika mata ditutup..Orang datang dan pergi, yg setia terus berjuang disisi... Semuanya akan menjadi satu kenangan yg sangat manis suatu hari nanti...

Sesuatu yg aku amat rindui, anak-anak ku.. terima kasih kerana tabah, terima kasih kerana tidak pernah merengek meminta yg lebih-lebih, terima kasih kerana pandai berdikari, terima kasih kerana menjadi anak-anak yg cemerlang dunia akhirat...

setelah sekian lama, hari ini saya kembali memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.. Saya memasak! dan tidak membeli dari luar seperti hari-hari yg sebelumnya.. Saya cuba mencari masa. Saya masak kerang goreng, bau ala2 satey gitu... Tofu fishball dan jagung stir-fry.. Nasi putih panas-panas.. Semua orang ada didapur untuk membantu, secara fizikal atau membantu melihat dari jauh..

Kalau makan malam, saya suka makan satu pinggan, supaya saya dapat menyuap semua orang. termasuk encik suami, tetapi hari ini dia xada (outstation dkt 2 bulan).. bella dan husna hari ini dibenarkan utk meneroka Si KERANG! Wahhh.. bukan main lagi. seronok,teruja.. untuk bunda, senyum je... sepah itu pasti! tapi ini HOME schooling.. mereka harus belajar! ini kemahiran hidup..

Reaksi husna 7 tahun, kerang agak mudah untuk dia, tapi ada kerang yg agak ketat untuk dibuka... cuba teka apa dia buat?? masukmulut dan gigit! Amazing! Bunda belajar sesuatu yg baru.. Dari sudut mata kanak-kanak.. mereka ingat kerang umpama kacang.. gigit dan kerang akan terbuka dan mereka akan dapat isinya.. Bella 3tahun juga melakukan sesuatu yg sama. Masukkan kerang dalam mulut..

Bukan macam tu lah.. cuba buka pakai tangan.. guna kuku.. kalau kuku pendek susah sikit..nk makan kerang kalau kuku panjang, mudah sikit..

OooOooooo... anak-anak mengiayakan.

Jangan gigit ye.. nanti gigi boleh pecah, kulit kerang tu kuattt... =)

Usaha mereka cukup gigih, dan setiap kali kerang berjaya dibuka, senyum mereka cukuppp berharga... nah adik.. amik kerang, kakak tolong bukakan.. yg besar suap yg kecil, yg lebih bongsu mencari kakak-kakak utk hidangkan isi-isi kerang kecil di mulut.. Saya berada di syurga selama 15 minit, benar kata mereka yg bijaksana, Rumahku Syurgaku..

"yea... Bella dah pandai buka.." Cubaan dari sebesar kerang.. bila dah mahir Bella beralih ke kerang yg lebih kecil.. mereka mencabar diri masing-masing utk lebih baik dari saat sebelum itu.. untuk anak berumur 3 tahun, saya sangat berbangga dengan Bella, motor kasar, motor halus.. bukan setakat pencil dan kertas ye.. makanan juga mampu mengajar seribu satu ilmu yg tersirat.. mungkin pada mata seorang orang dewasa ia hanya lah kerang.. pada mata si anak kecil, ia lebih menarik dari playDoh!

Kadang-kadang orang tertanya mengapa saya memilih karier utk mengajar si anak kecil ilmu memasak?? kerana disebalik makanan, tersimpan 1001 rahsia.. 1001 misteri.. 1001 rasa..





Sabrina Ismail
Kids Culinary Instructor

Comments

Popular Posts