History : 1st co. trip : Genting


1 Mac 2013, mengukir sejarah yang tersendiri buat keluarga kecil kami. Setahun berniaga, kami ingin menyambut kemenangan ini bersama yang banyak menyumbang jasa. Tahun ini mungkin tidak banyak yang mampu kami beri, secubit kebahagian untuk dikongsi bersama, namun kami semua diberi kepuasan yang maksima oleh maha pencipta. 1001 kemanisan, 1001 kecerian, 1001 cerita disebalik 1 hari off day kami.

Genting - 6:45am untuk staff2, yg berkonvoi sama2 naik komuter, bas, skyway up to Genting.
Siapa? wan, hasyim, maman, ain, piyah, senah, wawa, pani.. cukup 8 orang!
Boss? Masak kat rumah, persediaan makan-makan staff breakfast, brunch, lunch, supper.. tapi diorang main belasah je tak ikut time sebab semua lapar macam 8 hari tak jumpa makanan..
so, kami bertolak around 7am, jumpa di skyway, naik sama-sama ke atas...

Sampai di puncak, keluar je skyway jumpa surau. jadi kami berhenti sebentar, minta barakah perjalanan sehari dari pencipta langit dan bumi. 4 rakaat dhuha, sama-sama.. sejuk, macam kat London u..

Memang excited lah staff-staff sebab semua 1st time jejak genting. Boss control, walaupun dah bertahun tak naik juga sebenarnya.. hehe..

Yang pasti, saya gembira dapat berkongsi keseronokkan bersama mereka-mereka yang sangat berharga untuk saya. Saya berdoa diam-diam di atas sana, agar terus diberi kekuatan untuk membimbing pasukan yang lebih besar suatu hari nanti. agar perniagaan maju dan mekar. agar lebih ramai yang mampu saya bantu dan kongsi kebahagiaan. makbulkanlah ya Allah!


kaki tangan isham kitchen!

skyway di pagi hari...

cuaca indah

di gerbang sebelum kami terbang ke angkasa

weeeee......



Walaupun sekejap, walaupun ada yang sakit kaki, namun setiap saat di sana amat bermakna buat semua. Satu hari dimana kami semua tidak memikirkan Sale! Satu hari hanya untuk bonding dan bergembira. Satu hari untuk kami beribadat berjemaah hanya padaNya. p/s : crew lelaki solat jumaat 1st class di genting. moga ukhwah yang terjalin ini mekar hingga ke akhirnya. al-fatihah juga buat staf kesayangan Arwah Siti Nadzirah yang telah kembali ke rahmatullah tahun lepas. Alangkah seronoknya jika beliau masih disisi. Semoga kita bertemu kembali suatu hari nanti Nad! 
husna jadi driver, staff penumpang..
sesi mengunyah pertama

husna, isaac, bella take 5!
dino world!



indoor snap
Dari puncak ingin ke angkasa.. =) faizal tahir, moga menjadi kenyataan!

Semoga Allah merahmati setiap individu yang pernah menjadi sejarah hayat syarikat kami.


CEO
Isham Kitchen

Comments

Popular Posts