sabar disebalik DURIAN

Raja Buah-Buahan Malaysia

Saya selalu cakap kat anak-anak, tak rakyat Malaysia lah kalau tak makan durian.. (jangan marah org yg tak makan durian ye, saja nk mengajar erti cabaran mencuba sesuatu yg baru..)

Durian adalah buah yg sangat tajam, berduri.. bukan mudah untuk dikopek.. kena guna kain, sarung tangan dan pisau. Cukup mencabar,bukan permainan kanak-kanak ye.. Tetapi disebalik segala kepayahan yg perlu diharungi.. Isi yg menunggu didalam cukup manis dan lazat.. sesuatu yg ditunggu-tunggu setiap tahun.. kelazatannya hingga menjilat jari..

Apabila terpandang durian, satu semangat motivasi ditiup ke dada dan minda.. durian, bagi saya, mengajar erti kesabaran yang sebenar.. Di dalam mengharungi liku-liku hidup harian, kita byk melalui kepayahan. Usah ragu usah gentar. Selepas kesabaran yg sangat besar.. pelangi pasti menanti di penghujung jalan..

Apakah erti durian pada anda?
Hanya buahan-buahan yang dapat disantap saban tahun pada musim ianya berbuah?

Ayah dan ibu saya ada bercerita baru-baru ini. Tahukah anda, selain tupai, harimau makan durian? Malah sang rimba mampu menyusun biji durian dengan baik dan kemas selepas makan. gajah juga peminat durian. ini fakta yang baru pada saya. yang sangat menarik.



suatu hari nanti saya ingin mengkaji perihal durian dan peminat-peminatnya. Anda ada cerita yang ingin dikongsikan? Sila beri pencerahan pada kami yang baru belajar, terima kasih.

Comments

Popular Posts