Tadika Ceria Az Zahrah 2012

 
Kenangan abadi si cilik Husna Hazellyna Isham ketika zaman kanak-kanaknya.
Harap kami telah berikan yang terbaik!

Tadika Ceria Az-zahrah, bukan sahaja mengajar erti permulaan hidup kepada anak sulung kami, juga membuka minda kami sebagai ibubapa muda cara mendidik cara Al-Quran dan Sunnah. Keseluruhan, walaupun hanya membayar untuk seorang anak, nilainya seperti kami sekeluarga yang pergi tusyen. hehe..

Penglibatan ibubapa amat penting dalam tahun-tahun pertama mereka mengenal dunia. 6 tahun bermain-main dengansi kecil husna. tahap komitmen bermain kami? tahap harimau..

Kami sekeluarga memakai baju tema hidupan liar dan memenangi hadiah busana tercantik tempat ke 2



Animal talk. Isaac si zebra.

convo si kecil

persembahan pertama : tahfiz
candy buffet khas utk husna
ini bella, bakatnya berbeza. tunggu tahun depan penampilan istimewanya di TCAZ

Itulah kisah serba sedikit yang dapat dirakamkan ketika hari bakat tahun lepas. Tak tahu mana datang mimpi, tiba-tiba encik suami sporting habes nak pergi sewa costume bagai untuk ke majlis itu. Saya layankan je.. Yang pasti si anak pasti gembira, ada kenangan istimewa ibu dan ayah datang berpakaian LUCU ketika hari istinewanya.

Sesuatu yang murah tapi mahal nilainya pada si anak. Bermainlah sepuasnya anakku.. selamat datang ke fasa Disiplin 2012 selama 6 tahun sebelum kita menjadi sahabat semula..

Bonda doakan agar Husna tabah mengharungi liku-liku 6 tahun yang berikutnya.

Comments

  1. terbaik!!! mudah2an kenangan sewaktu kecil ini menjadi sumber inspirasi ketika dewasa kelak wahai Husna tersayang.. teruja menunggu Bella pula :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts