bella 3 years back

 
Found this old pic while browsing fb photos.
 
Ini Bella, satu tahun. Keluarga kecil. Sambutan juga kecil. Anak no 2 selalu memang begitu. biasa-biasa saja. Anak 2nd hand orang dulu-dulu kata. Haha..
Mana tidaknya, baju kebanyakkan guna balik dari anak no 1. Mainan pun sama, mainan terpakai.
 
InsyaAllah adik, (atau nama timang-timangan "budak" hanya Papa yang panggil ni) tahun ni kalau ada rezeki lebih kita sambut besar-besar sikit.. Bunda ingin bersedekah.
 
Bella Balqis Isham, Ratu Rezeki yang memberi sumbangan, memang bersinar rezeki sejak lahir pada 26.6.2009. Mana taknya, 26hb tu tarikh dapat gaji TNB tiap-tiap bulan. Heheheh...
 
Setakat hari ini, anak yang paling sukar dilahirkan. Paling mencabar, paling meragut nyawa pada saat tahan sakit ketika melahirkan. Namun, paling berhati lembut, paling bertanggungjawab, paling tabah dalam keluarga. Atuk kata, bakal mewarisi perangai bunda bila besar nanti.walaupun muka sebijik papa.
 
I love you my beloved children.. Good night!

Comments

Popular Posts