husna... 1st labor experience



 

15/8/2006..


9++am, mama suruh siapkan beg. mama memberi cadangan supaya ke putra medical centre, bukit rahman putra, sg buloh melakukan check up dgn dr kenalannya suatu masa dulu.. masih segar diingatan, aku hanya memakai baju t-shirt coklat, seluar biru, tudung biru.. Iss pakai baju putih dan seluar hitam. iss bawa buku dynamic engineering bersama sebab ada exam esok.. iss bawa kereta sebab ayah xsure jalan ke sana..


10++am- dr zarul x ada (syif petang).. yg ada dr wan ratna. aku lebih gemar diperiksa oleh dr wanita.. tak la segan sgt.. dr wan kata air ketuban dah kurang and baby dah engage nk keluar. dr dah boleh pegang kepala baby.. dan dr mengesahkan aku akan di’admit’kan ke dalam wad terus.. =) yes! akhirnya masuk hospital jugak.. 1)mmg dh xsabar nk tgk baby yg dah disimpan hampir 10 bulan dlm perut 2)mmg xpenah ade pengalaman masuk hospital b4.. so, for the 1st 30min, dr menjalankan pemeriksaan jantung baby..iss bawa semua beg ke tingkat atas dan mama/ayah balik dulu.. perasaan - gementar plus excited.. agak happy sebab xsakit langsung.. belum lagi.. nurse suruh tukar baju. nice! the kain colour maroon or dark red and the shirt was pink! cute!




12++pm makanan tghari disediakan.. tu la kot pengalaman terakhir makan dgn iss yg mengakhiri zaman bujang berdua kitorang.. last dating.. kemudian nurse (bertag bidan terlatih) datang untuk masukkan jarum kat tangan untuk masuk air.. sakit! ouch! satu injection antibiotic lagi diberikan through laluan air tadi. kena bertahan la sikit.. pastu nurse masukkan few pills (i guess) untuk mempercepatkan proses pembukaan pelvik. pelvik perlahan2 terbuka.. eceh, bukan rasa pun. tau pun sebab nurse kejap2 datang dan check. iss sediakan air yg direndam dgn bunga fatima dari mekkah (kawan mama bw balik dr mekah) - petua mengatakan ia membantu mempercepatkan proses bersalin. bidan kata dah terbuka 4 cm dan dh dpt pegang kepala baby.. seronoknya tp still x sakit lagi.. me & iss masih boleh berborak dan bergurau macam biasa lg, haha.. tp pada tahap ni selalu nk buang air.




3++pm- nurse baru dah bertukar syif. nurse baru ni muda skit dr makcik bidan td. tp ternyata dua2 pun baik =) dia tanya nak pain killer tak? i’m not sure what she was talking about..? "nak pain killer? buat ape kak?"kataku. tak sakit apa pon lagi masa tu. rasanya sempat tido juga dalam gap2 yg ada sebelum dr wan ratna dtg.. dr kata nk pecahkan air ketuban. xsure ape yg dia masukkan (macam kayu/benda panjang), xrasa sakit(jgn risau para pembaca ek) tapi lepas tu air mengalir macam sungai rasanya.. air keluar sedikit demi sedikit dan bermula pada saat ini, the pain start to ATTACK!! sakit selang 4-5 minit.. sakit sgt. panggil iss sebab nk perhatian dia. at first dia buat x layan n baca paper sebab dia ingat orang main2.. ade ke patut.. lepas tu bile dapat tangan dia, setiap kali sakit memang gemgam tangan dia sekuat mungkin. iss dah mula pay attention to me sebab tangan dia dah biru2 kena genggam. he know that i’m in pain.


tekan button emergency! 1st time-untuk tanya nurse bila dr nak datang check pembukaan pelvik? rasanya mcm dh sakit sgt dan dh terbuka besar kot. die kata pukul 4:30pm. ha? lagi sejam ke? dia tanya nk pain killer ke? xnak! still degil.. rasa cam boleh tahan lagi kot.. nurse nasihatkan supaya baring mengiring supaya x rase n boleh tahan sakit. tapi, percayalah pada masa tu bukan x nak tapi xboleh pusing atau gerak kemana2 pon - SAKIT! every single minute cause me a misery! tetiba kepala rasa mabuk, ringan dan peluh dingin dah membasahi dahi. tekak dah loya2.. I know I nk muntah.. I akan muntah and I dunno how I manage to do that.. semua dalam sekelip mata je. myself dh mengiring ke kiri dan muntah keluar dari perut(from my lunch I guess..), sakit sgt tekanan contraction tu.. pedih perut.. mata berair menangis.. iss amikkan towel basah dan lap muka org..


2nd emergency button call ditekan, nurse datang.. kali ni memang sakit x tahan.. nk pain killer! nurse tengok jam dan mencongak masa ubat tu hilang kesannya.. pastu satu injection diberikan. kat mane ek kena inject? xingat la sebab fokus kat sakit perut,sakit lain sume dh xrase ape.ubat tu bukan saja berjaga mengurangkan rasa sakit tapi berjaga membuat kan saya dan suami(haha-xde kena mengena) terlena sejam-dua.. selang beberapa jam akan ada nurse atau dr yg dtg check pembukaan pelvik


5-6++ dh terjaga fully. ubat dh mula hilang kesan atau sakit tu mmg dh terlampau kuat dapat mengatasi ubat td. tanya iss, boleh ke nk satu lg pain killer? dia kata xboleh sebab dh nk beranak. nurse pun kata camtu sebab selang kontraksi dh selang 3 minit - katanya camni la selang masa nk deliver nanti. what can I do? juz have to bare with it la. iss xpernah penat suapkan air fatimah tu - org yg penat minum. xlalu sgt sebab dh sakit sgt.. tunggu je masa.. rasenye lama sgt dunia ni bergerak.. ya Allah, susahnya nak beranak. pada saat ni, I cannot go backward anymore, I have to cross the time - no choice.. nasib baik iss ada kat sebelah. dia bacakan ayat2 suci al-Quran kat telinga.. Deep inside, I know he care & worried of me.. dia takut tgk saya sakit.. dia takut org pergi dulu..


7++ katil yg menjadi saksi setiap inci kesakitan yg perit itu ditolak masuk ke labour room. di labour room, patient- saya seorang je. iss ada bersama setiap masa. nurse dah mula pakai baju plastik dan sarung tangan serta muka. the highlight of the day is approaching! bilik bercat putih. ada frame berukiran emas doa mudah bersalin digantung! doa tu telah ku hafal semenjak mengandung lagi. "Lailahailla anta subhanaka inni kuntuminaz zalimin" iss pun turut baca. doktor baca setiap kali check pelvik. sakit makin teruk. penat menahan sakit, mengerang dari perlahan suara sampai kuat. dah tak bermaya dah rasanya. tekak dah kering sangat. iss suapkan ais tu sedikit demi sedikit bagi basahkan tekak. i know i look like a mess that time.. dr tunggu sampai terbuka 10cm juga! lama nya rasa duduk tahan sakit dalam labour room tu. nurse kata kalo rasa macam nak buang air besar; just push je. i’m not sure I rasa macam tu but sebab dah xsanggup tahan sakit tu, I try to push as hard as I could. just nak baby tu keluar je.. plz!


7:45pm- it’s time! i just cannot stand it anymore. I mengerang sakit and try to push as hard as I could. dr kata dah dapat pegang kepala baby tapi x keluar habis. nurse sempat ajar breathing teknik and cara duduk yg betul untuk push baby. jangan angkat punggung. but i guess masa tu mmg xlarat nak angkat badan dh pun. too tired and lemah dh seluruh anggota badan. kepala baby keluar setengah je becoz I xpush habis first time. xcukup nafas. dr kata kalo x bole 2nd trial they will sedut baby. no way man! kepala baby x lawa nanti. selang kontraksi, i can rest and cuba mengumpul tenaga sebanyak boleh. and PUSH!! bila sakit kontraksi datang balik.. half way done, semua still engcourage untuk push lagi, and lagi.. iss tolak and tahan belakang badan. semua org memberi full support and I borrow their spirit to gain energy to help me push out the baby face!


its a big relief! believe me~ untuk push bahu baby tidak lah sesusah seperti keluarkan kepalanya. then, in a second all u know the whole body dah keluar menemui alam yg baru. doktor julang baby dihadapanku dan tali pusat dipotong. =) i ask my sweet hubby yg ditemani tangisan gembira dan terharu disebelah. baby apa? baby girl! what?! all this while we aspect a boy.. hehe.. i got a teammate! but i sempat say sorry to him sbb xdpt bg dia baby boy malique yg dia nak.. sorry syg, next time maybe.


kepenatan tadi cukup terasa. sebaik sahaja bersalin, antara lain yg ku ingat jururawat mencucuk satu suntikan di peha kiri ku. bayi yang masih merah kulihat diletakkan di dalam bekas baby khas di kiri ku. pipi baby tembam mcm iss. itu ingatan terakhirku sebelum pengsan. apabila terjaga, suami sudah tiada disisi. uri yang sudah dikapankan bersih diletakkan di sisi katilku. bajuku telah ditukarkan. doktor memberitahu koyak luka telah dijahit elok. jururawat memberitahu suami sudah ke sisi anakku untuk mengazankannya tanda welcome for her to this new world. =) a big relief!! saya sudah boleh menghembuskan nafas lega.

ku lelapkan mata sebentar. aku terjaga dengan suara ayah yang kuat gelak dan menghubungi saudara serta taulan memberitahu berita gembira ini. aku tahu mereka sudah sampai. iss datang di sisi sebentar kemuadian dengan senyuman yang lebar. aku ditolak ke bilik dimana ayah, mama dan epen menanti. aku sempat memberikan senyuman kepada semua. bayi disorong ke sisi ku. wah, alangkah gembira hati dapat menatap wajahmu sayangku.. keluarga iss datang sebaik selepas itu. kemudian, aku berpeluang untuk menyusukan anakku buat pertama kali. kekok tapi akan dibiasakan kelak.

walaupun ia suatu hari yg panjang dan memenatkan, it’s a miracle that i did not sleep at all that night, because I didn’t want to miss even a second untuk menatap wajah anak yg menyorok di dalam kandunganku selama 9 bulan.. it’s a wonderful experince yg xmungkin bunda akan lupakan selamanya.. =) love u, coretan ini khas buat tatapan mu suatu hari nanti - HUSNA HAZELLYNA ISHAM

Comments

Popular Posts