Sahabat dan Bisnes

Saya percaya, aturan Allah itu indah.

Saya percaya qada' dan qadar. Saya percaya semua adalah milikNya. Dari bab rezeki, jodoh, hidup dan mati, hati.. semua ketentuannya. Tiada satu pun kebetulan.

Pertemuan dan perpisahan, itu biasa. Di dunia yang fana ini, terlalu ramai rakan yang sudi meneman. Tak kurang juga yang makan kawan dalam diam.


Dalam 2 tahun berniaga, saya dikenalkan dengan pelbagai ragam manusia.

Contoh, staff.

Rasanya sudah lebih dari 20-30 orang staff pernah bernaung di bawah kedai sebelum saya berjumpa dengan bakat-bakat bisnes besar dikalangan anak muda bangsa kita. Mereka yang benar-benar layak menerajui pimpinan syarikat saya itu. Mereka yang saya anggap rakan niaga pada hari ini.. bukan lagi pekerja.

Dalam bisnes, ada pepatah ini.

"In business, there is no forever friend and no forever enemy."

Pengalaman peribadi.

Sebelum ini, saya berniaga solo. Pernah cuba berpartners, tapi gagal. RM30k terbakar. Saya trauma.

Namun, tak pernah serik berniaga. Oleh kerana semangat itu lah, hari ini saya berjaya bertemu dengan teman-teman bisnes sejati. Jangan putus asa!

Dalam bercinta, saya memilih untuk mencari pasangan yang sanggup hidup susah dan senang kemudian. Baik dalam kehidupan, mahupun bisnes.

Saya percaya setiap pertemuan itu tidak pernah suatu Kebetulan. Ada hikmah dan cerita di sebaliknya. Pengajaran yang perlu kita selami. Hati yang perlu disayangai. Kenangan yang bakal dibawa mati...

Alhamdulillah, saya sayang jodoh-jodoh bisnes saya. Sempurna jemaah bisnes saya hari ini...


Comments

Popular Posts