Travelog : Malaysia - Pakistan.

Sayang anak, tangan-tangankan. Sayang isteri, tinggal-tinggalkan.

Untuk saya, suami diarahkan untuk bertugas di Pakistan untuk setahun. Semenjak bekerja memang suami selalu outstation ke sana sini. Pernah sampai 3 bulan, tapi masih dibawah satu bumbung kerajaan Malaysia yang tercinta. Kali ini jauh sedikit. Budayanya berbeza, cara berpolitiknya juga lain.

Ketika menghantar suami di airport, Pakistan dilaporkan dalam keadaan yang bergolak. Terasa seperti menghantar seorang perajurit ke Pengakalan Lahad Datu. Ku kuatkan hati dan tangisan agar tidak gugur di muka bumi. Ku titip doa agar aku kuat mengharungi 3 bulan pertama beliau di sana.


 
 
Seperti yang ku duga, anak-anak pasti sakit merindui bapa mereka. Kali ini, demam keluarga dimualakan dengan saya. Kemudian Isaac, lepas tu Bella dan diakhiri dengan Husna. Husna masuk wad. Bukan senang menjadi ibu tinggal ni. Saya tak dapat bayangkan nasib si ibu tunggal. Sangat menginsafkan! Semua benda kena aturkan sendiri.. dan untuk saya bukan sekadar 3 anak kecil, 3 perniagaan juga! Termasuk 8 orang staff. Pheeewww~
 
Memang tiada masa untuk diri sendiri. Tiap-tiap hari, ku perah tenaga 110%. Lagi-lagi bila anak sakit. Nak menangis pun tiada masa. Sesiapa yang sekapal denganku mungkin faham. Kitalah ibu,
kitalah bapa. Tiada kawan gaduh, tiada kawan gembira.
 
Alhamdulillah, setahun telah selesai... larian marathon yang memenatkan telah berakhir. Saya mampu menarik nafas lega. Setahun ini mengajar kami lebih dari erti sabar dan percaya. Suami juga selamat kembali dalam 1 jasad. Yang lebih kurus. Haha..
 
 
Masa itu emas. Untuk yang berjumpa hari-hari mungkin tidak mengerti. Anak-anak saya terlalu kuat walaupun jiwa masih kecil. Ku tadah kedua tangan bersyukur dengan semua yang telah diberi. Setahun yang sangat berharga, buat kami semua...

Comments

Popular Posts