Wind of Change. Tawau


Dalam 9 tahun tempoh perkahwinan kami, ini kali ke 8 kami berpindah. Saya bersedia untuk ini. Mungkin lebih kepada mengimpikan kehidupan yang sebegini. Berhijrah sana sini melihat dunia. Kali ini doa kami membawa kami ke bumi Tawau...

Jauh perjalanan luas pandangan. Ada satu mitos semasa saya kecil-kecil, mungkin juga doa bila ramai yang berkata benda yang sama. Sejak kecil, kaki saya banyak tahi lalat. Ada berbelas saya kira. Ayah saya selalu kata, ni nanti banyak jalan jauh. 1 tahi lalat = 1 Negara. Saya diamkan sahaja. Aminkan dengan penuh kesyukuran bila semua ini termakbul...

Suami pula kata, setiap kali beliau mahu terbang jauh.. kaki beliau akan gatal. Macam tangan gatal, bila duit nak masuk. Baru-baru ini, sebelum terbang.. kaki anakanda Bella gatal macam papa dia. Memang anak bapa! Haha..

Tawau adalah Bandar yang subur. Makanan fresh disana sini, baik makanan laut, sayur atau buah. Memang terbaik dari lading. Susu pula dibekalkan terus dari lading lembu yang diternak di Kundasang. MasyaAllah, gemuk anak-anak duduk sini seminggu.

Antara perubahan yang bakal berlaku ialah Homeschool! Semua akan berguru dari rumah untuk tahun ini. Awal-awal saya tidak dapat fikirkan bagaimana mahu memulakannya.. Alhamdulillah, Allah permudahkan dengan memberi ilham sedikit demi sedikit.

Dari sudut bisnes, saya akan terus bangunkan apa yang telah saya mulakan di ABS Holding, dari perspektif yang berbeza. Perspektif mata luar, mata helang. Saya akan focus marketing beberapa anak syarikat. Ini tahun kritikal untuk saya belajar ilmu marketing sebenar. I'm now out of the comfort zone. Kawan-kawan dan network baru perlu dibina dengan rakn-rakan baru tawau. Saya perlu berjalan dan terus berjalan...

Saya juga akan kembali menulis. Blog dan buku cerita kanak-kanak. Banyak yang saya boleh sumbangkan selagi hayat dikandung badan... Dan saya akan kemali memasak!

Selamat berkenalan, Tawau!



Comments

Popular Posts