Aku dan Pasar Tawau

Saya suka pasar.

Apa yang menarik dengan pasar Tawau, selain harganya yang sangat murah.. setiap minggu, boleh dilihat trend jualan musim makanan yang berbeza..

Contoh, minggu ini ada jambu murah, minggu depan nenas pula, kemudian mangga..
Begitu juga dengan sayur. Pernah sekali itu, harga carrot mahal, RM4 sebungkus. Itu mahal, sebab di sini rata-rata sayur-sayuran RM1/RM2 sahaja sebungkus.

Trick membeli disini, beli ikut musim. Pilih yang mana harga rendah. Pusingan musimnya cepat. Mengikut minggu sahaja - dalam pemerhatian saya sebulan ini lah.

Harga ayam dan daging, mungkin sedikit mahal berbanding dengan Semenanjung. Tapi, berkawanlah dengan pakcik ayam. Setia membeli dengan beliau. Selalunya, saya dapat harga special. Hehehe...

Ikan.. dan makanan laut yang lain... Heaven~ Ikan pelbagai jenis, bermula dari RM1 sekilo. Ikan tuna sekilo RM6. Ikan kembong RM3/4. Ketam ada yang RM10.. Udang, Lobster, Pari.. Wahhh.. tak mampu nak sebut. Pasar ikan disini serupa Aquaria KLCC, cumanya semua ikan dah matilah. Kalau yang hidup pun ketam.

Kebiasaannya, kedatangan kita akan disambut dengan anak Bajau Laut yang mencari pendapatan sambilan dengan mengangkat beg ikan ketika shopping nanti. Setakat ini, saya masih kata tidak pada mereka. Sekali masuk pasar ikan, RM30 untuk seminggu sudah kenyang rasanya, untuk keluarga kecil macam saya - 2 dewasa 3 kanak-kanak.

Teringin nak ambil gambar dalam pasar, namun.. ada sedikit segan. Nombor 2, mereka akan tahu saya orang luar. Tak dapat lah nak tawar-menawar harga lagi.

Tips shopping di pasar ikan Tawau, pergi dalam pukul 2 ke atas.. stok hari tu banyak sudah di markdown harga.. kasi lelong, katanya nak tutup pasar pukul 5 nanti. Aiseh, barang semalam pun kadang-kadang dilelong harga kurang munasabah (terlalu murah) sebab dah kurang fresh. Fresh kat sini, memang super fresh..

Saya akan sambung lagi bab makanan lain... Bakeri in Tawau!

Kesimpulan yang boleh saya kira, buat hari ini - Tawau is simply the best!


Comments

Popular Posts