Kerja Amal Tawau : Ramadhan 2014

Sejak 2 tahun lepas, saya mula berjinak-jinak menyertai program kerja amal. Bermula dengan satu kumpulan kecil yang kini sudah menjadi NGO berdaftar.

Membawa anak-anak bersama, ke masjid, rumah anak yatim, menghantar sahur pada yang memerlukan dan memberi bekalan raya pada fakir miskin untuk menyambut syawal. Oh, ada juga aktiviti menghantar bekalan berbuka ke masjid-masjid sekitar Lembah Klang bungkusan berbuka.

Percaya atau tidak, ramai yang memerlukan makanan percuma ini. Dan, hanya di bulan Ramadhan mereka berpeluang, kerana ramai yang ingin berkongsi rezeki. Saya sayang bulan Ramadhan, lebih dari bulan yang lain.

Kehidupan yang sederhana, focus kepada rohani yang lapar. It was magnificient.

Ia menjadi satu ketagihan. Ketagihan yang baik sudah tentunya. Tahun ini, sedikit mencabar. Saya orang baru di Tawau. Saya tidak kenal sesiapa. Namun, saya mahu buat aktiviti amal ini. Entah bagaimana, Allah permudahkan hari ini. Ada kenalan memberitahu beliau mengenali beberapa fakir miskin yang duduk di dalam kampong-kampong di Tawau ini. Saya bercadang mahu sediakan 'Kotak Ramadhan' untuk persediaan mereka ini berpuasa dan berbuka.

Kerja ini kerja kecil, namun ia bantuan yang besar bagi mereka. Saya percaya. Semoga Allah permudahkan usaha saya ini, dan ditemukan dengan rakan-rakan yang turut akan membantu impian kecil Ramadhan tahun ini.

Untuk mereka yang berminat untuk menyertai, baik sumbangan tenaga, maklumat, barang atau wang ringgit, boleh maklumkan atau whatapps saya di 012.609 7671.



Comments

Popular Posts