Ramadhan Oh Ramadhan.. Mencari jemaah yang hilang.

Berdebar setiap kali menjelang Ramadhan. Sudah tentu ia bulan yang saya tak dapat tidur nyenyak. Bukan kerana terpaksa menyediakan sahur.. kerana mencari malam yang satu. malam yang cukup indah, berbanding 1001 malam yang ada.

Ini kali pertama saya berpuasa berbadan dua. Ini juga kai pertama saya puasa penuh di perantauan. Ditambah lagi, ini tahun pertama 'homeschool' sebenar terletak di bahu saya dan bukan lagi guru di sekolah.

Saya mencari Jemaah baru di sini. Kenalan untuk hidup dalam satu kelompok masyarakat baru. Dan saya Nampak, Ramadhan yang bakal tiba, adalah solusi terbaik untuk saya berkenalan dengan orang tawau ini. Bulan ini, tiada sempadan - kaya miskin sama sahaja. Masjid menjadi tumpuan ummah yang satu.

My wishlist untuk Ramadhan Tawau 2014 :
1. Ramadhan Kit - 20 rumah fakir miskin
2. Puasa Penuh
3. Khatam Quran
4. Buka puasa di rumah anak yatim
5. Buka puasa di masjid 4x
6. Terawih di masjid 2x seminggu
7. Sedekah hari-hari

Semoga Allah memberi kekuatan yang berbeza untuk diriku dan keluargaku tahun ini. Bismillahirahmanirahim...

Comments

Popular Posts