Bella 5 tahun

 
Bella Balqis Isham Binti Mohd Razli Isham
 
26.6.2014 / Tawau
5 tahun

 
Kek ini hasil sahabat baru yang berniaga kek dari rumah. Orang Semananjung, tapi sudah merantau hamper 7 tahun di bumi Tawau. Simple tapi sumpah sedap! She is so good with chocolate!
 
https://www.facebook.com/zachoes . Ini link beliau, jika sesiapa mahu membeli kek dari beliau.

 
Bella bukanlah anak yang murah senyuman seperti Husna. Bella suka melekat pada saya sejak kecil lagi. Macam panda. Pergi mana pun dengan saya. Most of the time, membesar, dengan saya.
 
Anak yang manja. Anak yang akan selimutkan saya setiap malam. Anak yang akan volunteer tolong jaga adik. Anak yang suka mengemas. Anak yang akan demam kalau saya jauh. Anak yang akan meronta dahulu setiap kali ada pembawakan budak dalam diri ini. Anak yang akan menjerit setiap pagi pergi taska dan tadika. Itulah Bella.
Self-confident beliau ada apabila saya ada dekat bersama.
 
Namun.. semenjak berpindah ke Tawau, perubahan Bella amat ketara. Bella dah besar. Bella makin suka senyum. Bella request nak pergi sekolah. Bella pandai buat kawan baru..
dan Bella sudah pandai melaram :)

 
Besarlah Bella, ambil masamu.. jangan terlalu cepat, nanti Bonda rindu selalu. Pilihlah jalan mana yang di kau mahu, janji ia masih di laluan agamamu...


 
Yang benar,
Sabrina Ismail
15/7/2014 / Tawau


Comments

Popular Posts