Hello 3 series..

Tanggal 6 Ogos 2014, saya dengan rasmi telah menjejaki umur baru. 30 tahun. I'm good with it, happy thou. Saya telah merentasi zaman 20-an yang menyeronokkan juga mencabar. Saya tidak mungkin mahu memutarkan kembali masa.

9 tahun membina rumahtangga bahagia bersama suami,
3 orang anak yang bijaksana,
seluruh ahli keluarga yang sentiasa menyokong,
dan Allah yang sentiasa ada untuk saya susah dan senang.

Apa lagi yang saya mahu...

Kebanyakkan impian telah terlaksana, ada beberapa yang masih dalam 'list' untuk dikejar. Impian baru yang perlu sentiasa dibina bersama. Saya hanya mahukan kehidupan yang simple namun bermakna.

Azam untuk umur baru ini ialah kesihatan baru. Tidak terlambat rasanya mahu memulihkan dan meneruskan budaya pemakanan sihat. Sudah teruk badan saya berbakti pada umur muda dahulu, perlu maintenance lebih sedikit kerana pada kiraan saya, jika panjang umur, masih lama saya perlu menggunakan tubuh amanah Allah ini.

Maka, minggu ini, bermulalah amalan supplement untuk kami sekeluarga. Saya tidak memilih brand, saya mencari yang berkhasiat. Back to nature, saya mencari yang semulajadi...

 
Madu lebah. 2 sudu pagi dan 2 sudu malam. 
Untuk anak-anak, 1 sudu. Kalah khasiat scott emulsion, hehe..

 
Saya pernah menulis tentang Habatus Sauda. Makanan sunnah yang tidak dapat disangkal manfaatnya.
 
Mohon klik link ini untuk mengetahui rahsia disebalik bijan hitam ini :

 
Susu Kambing. Zaman sekarang dah moden, semua dating dalam bentuk sachet. Masak air panas dan bancuh. Tiada bau, dan tiada gula. Baik untuk diet mereka yang tidak mahukan pengambilan gula. (suami saya la tu, diet nasi dan gula)

 
Virgin Coconut Oil. Orang kata bagus. Baca kat internet pun, khasiatnya bagus. Saya belum beli, dalam proses tempah bayar dan pos. Saya memang sudah decide mahu amalkan pengambilan vco ini secara harian juga.

 
Healthy Tea. Disebabkan alah kepada kopi, saya beralih kepada teh yang sihat. Ada pelbagai perasa dan khasiat teh-teh ini. Harga juga, mampu milik. Setiap ahli keluarga saya ada teh kegemaran masing-masing.
 
 
 
Apabila saya memilih produk kesihatan, saya tidak mahu terikat kepada brand atau kegunaan persendirian sahaja. Suppliment ni ada kalanya mahal di pasaran. Rugilah jika saya seorang sahaja yang dapat manfaatnya. Saya pilih yang boleh digunakan satu keluarga. Dari anak sebesar bayi, sehingga abahnya yang mahu kekal sihat juga.
 
 
Barulah jimat, dunia akhirat. Berkat gitu rezeki semua dapat berkongsi bersama. Sharing is caring. Antara makanan lain yang menjadi amalan, bermusim adalah kurma dan air zam-zam.
 
 
Semoga kami istiqomah menjalani rutin sihat ini hendaknya. Saya doakan tuan-tuan yang membaca ini juga sentiasa sihat dan dirahmati Allah sentiasa.
 
 
Bye, nak bancuh teh dan makan madu sekejap. Assalamualaikum.
 
 
 
 

Comments

Popular Posts