Pre-Natal 2 : Rahimi Rahman (Persediaan Rohani)

Seperti yang ramai tahu, pengalaman bersalin saya tidaklah semudah mana. Ada saya bukukan di dalam blog ini setiap cerita persalinan saya.

http://sabrina-ismail.blogspot.com/2013/04/husna.html

http://sabrina-ismail.blogspot.com/2013/04/welcoming-bella-balqis-isham-to-world.html

http://sabrina-ismail.blogspot.com/2011/06/little-isaac-iskandar-isham.html

Nak kata dah terror tak lah. Setiap cerita adalah berbeza, begitu juga peribadi anak-anak itu nanti.

Untuk pembawakan kali ini, saya lebih berani untuk bertemu labour room. Persediaan demi persediaan dilakukan. Saya mula membaca. Mencari altenatif lain untuk membantu menyokong emosi luaran dan dalaman. Saya mendapati saya lebih tenang kali ini...

Antara bacaan yang membantu,

1. Kiriman seorang sepupu dari Klang, buku "PERSALINAN MARYAM, MELAHIRKAN KEHAMILAN" penulis Mugi Rahayu.

 
 
Buku ini mengupas tentang kelebihan seorang wanita dalam melaksanakan tuntutan ibadah yang besar dalam agama, iaitu melahirkan. Pelbagai perkongsian dari sudut Al-Quran bagaimana kelahiran yang tidak pernah mudah namun telah diajari tekniknya sendiri dari Al-Quran sendiri.
 
Dari tempoh kehamilan 9 bulan sehinggalah penjagaan rapi selepas melahirkan, sudah dimaklumkan di dalam surah Maryam itu sendiri. Andai kata saya sudah membaca dari awal kehamilan pertama, tentu kekuatan itu lebih bersandar pada Allah dari ketakutan terhadap mati itu sendiri. Betapa indahnya saat melahirkan yang perlu kita rai, bukan focus pada kesakitan itu sendiri.
 
Betullah apa pepatah motivasi selalu kata, "Its all about your mind."
 
Bagi yang pernah mengalami post-trauma bersalin seperti saya dahulu, cubalah cari buku ini.. Mau bertambah-tambah anak dalam kuota keluarga yang telah dirancang.
 

2. Yasin Ibu Hamil, keluaran Al-Hidayah House of Publisher Sdn Bhd

 
 
Buku ini saya simpan dari mengandung Isaac dahulu. Ringkas dan padat. Semua doa dan surah yang penting ada di dalamnya.
 
 
Contoh, Surah Yassin, Surah At-Taubah, Surah Luqman, Surah Yusof dan Surah Maryam. Juga doa-doa baik yang mendoakan anak. Mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Terutama ketika menahan kontraksi nanti..
 
3. Bahan rujukan yang ketiga adalah buku Ada Apa Dengan Nama, (pada saat ini, buku ini belum diterbitkan lagi - dijadualkan akan dikeluarkan dalam bulan Ogos 2014 ini). Saya mendapat konsultasi percuma dari penulis buku itu sendiri, Ustaz Ahmad Saifuddin Yusof.
 
Untuk mencari nama anak ke 4 ini, tidak lah mudah. Nama ini dipersetujui diakhir trimester. Nama dari perkataan bacaan Basmallah itu sendiri. Arrahman Nirahim. Nama yang baik dari sisi agamanya. Mudah-mudahan itulah peribadinya nanti.
 
Banyak tips menarik yang telah dikongsikan bersama Ustaz Saifuddin dalam memilih nama anak ini. Suku kata. Makna sebenar. Website yang boleh dirujuk. Bagaimana nama membayangkan watak. Bagaimana niat ibubapa memilih nama anak bakal menjadi doa peribadi dirinya..
 
 
.
.
.
 
Ini dari sudut ilmu pengetahuan tentang melahirkan. Saya akan kongsikan pula tools yang perlu disediakan untuk melahirkan - budget friendly.
 
Jumpa lagi. Teruskan membaca.


Comments

Popular Posts