Pre-Natal 3 : Rahimi Rahman - Persediaan Budget-Friendly

Untuk anak ke-4 ini, saya sudah tidak perlukan buku Pa&Ma membantu mencongak barang keperluan bayi yang diperlukan.

Lebih kurang, saya tahu apa yang pernting apa yang tidak. Ada yang kurang menarik, untuk bayi baru kali ini, saya sudah tiada baju lama untuk recycle. Dengan anggapan yang sangat yakin suatu masa dahulu bahwa saya sudah tidak akan melahirkan, saya sudah sedekah semua baju-baju bayi lama.

Kedua, perpindahan ke Tawau membuatkan kami perlu minimizekan semua barangan rumah yang ada. Dijual atau diberi pada yang memerlukan. Kesimpulannya, barangan untuk menyambut bayi baru adalah KOSONG. Macam sambut bayi pertama pula, cuma kali ini dibekalkan dengan pengalaman lama yang ada, keputusan yang lebih matang dapat dibuat.

Apa yang saya lakukan, kebetulan, saya punyai sahabat dunia akhirat di satu kumpulan ibu-ibu di Facebook. Mereka mahu LET GO baju anak yang tidak mahu digunakan. Hanya berbekalkan duit postage, Alhamdulillah, baju-baju Rahimi lebih dari yang disangka.

Dengan ini, secara rasmi saya membuka buku LOG BUDI. Ini antara senarai pertama yang saya telah terhutang budi... Mereka memberi tanpa meminta balas. Ada yang absorb duit pos, suruh buat duit raya anak-anak. Saya doakan Allah balas jasa mereka sebaik-baiknya.

Barang penting yang perlu ada ;

Baju Newborn - Rompers, Baju lengan panjang.
Diapers - Banyak, sangat banyak... (cloth diaper included jika si ibu rajin membasuh)
Napkin - untuk bedung, tuala, kain lap dsb
Toiletries - Baby, seadanya.
Barut - ibu. Anak - saya guna minyak yuyi sahaja.
Kain batik, sweater dan stoking.
Pet untuk darah nifas nanti.
Tuala.
Jamu - ikut budget dan keperluan peribadi. Ada yang siap dengan akar kayu untuk terus dibuat mandi. Ada yang untuk dalaman. Ada untuk mengekalkan cantik luaran sahaja.

Itu sahaja.

Tambahan untuk saya, akar Fatimah & raspberry leaf tea - untuk membantu proses melahirkan secara semulajadi. Drug free.

Tambahan juga, baju suami dan anak-anak 2 pasang dalam beg yang mahu ditarik ke hospital nanti. Sedikit kudapan untuk memberi tenaga ketika mahu bertarung di dalam hospital nanti.

Ohh, untuk mereka dizaman moden ini, charger telefon jangan lupa. Takde handphone nak snap gambar baby nanti. Hehe.

Untuk mereka yang mengamalkan urutan selepas bersalin, google atau carilah bidan-bidan yang berdekatan untuk ditempah awal-awal. Harga urut bersalin serendah RM50 sehari sehingga semahal beribu harganya untuk menjaga sepanjang hari dalam pantang.

Andai rajin, siapkan lah stok makanan di rumah ketika berpantang nanti. Apa yang boleh makan, tepuk dada Tanya selera. Pastikan ia makanan yang boleh memulihkan tenaga. Untuk saya, telah dibiasakan dengan nasi panas, sup, halia dan lada hitam ketika berpantang.


.
.
.


Saya akan sambung dengan cerita akar Fatimah dan raspberry leaf tea di posting akan datang. Moga bermanfaat untuk semua.

Comments

Popular Posts