Post-Delivery : What to Aspect?


Apakah yang ibubapa perlu tahu selepas proses kelahiran si bayi?

Keterujaan ibubapa yang bakal menimang cahaya mata menghitung hari kelahiran memang menyeronokkan. Ramai yang tidak sabar untuk melihat dan memeluk bayi yang tersorok dalam kandungan rahim si ibu selama 9 bulan 10 hari. Namun, tidak ramai yang bersedia secara mental serta fizikal mengahadapi realiti sebenar selepas kelahiran bayi itu berlaku.

6 Perkara yang ibu perlu bersedia selepas proses melahirkan,

1. "Post-Contraction". Selepas melahirkan, rahim ibu akan terus merasakan 'post-contraction' untuk beberapa hari. Namun, sakitnya tidak seteruk ketika mahu melahirkan. Ketika penyusuan badan dilakukan, 'contraction' kecil masih akan wujud bagi mempercepatkan proses pengecutan rahim si ibu.

2. Darah Nifas. Jangan terkejut untuk para ibu, proses kelahiran si comel anda akan diiringi oleh darah yang mengalir seperti air sungai. Anda akan kehilangan banyak darah nifas bermula daripada hari pertarungan sehingga paling lama 40 hari selepas melahirkan. Bersedia untuk mencari makanan berkhasiat bagi menggantikan darah dan tenaga yang hilang ini. Minum banyak air juga.

3. Sakit jahitan luka bersalin. Proses bersalin bukanlah perkara yang mudah. Selepas sakit mahu melahirkan, si ibu perlu menahan sakit jahitan pula, baik untuk luka di bawah atau caesarean. Si ibu perlu bersedia untuk mengehadkan pergerakan harian sehingga jahitan pulih. Silap langkah, jahitan boleh terbuka. Dapatkan bantuan daripada ahli keluarga terdekat untuk membantu anda sehingga anda sihat dan mampu bergerak seperti sedia kala.

4. Bengkak Susu. Lakukan sedikit pembacaan tentang cara penyusuan yang betul dan cara mengurangkan bengkak susu. Setiap ibu yang menyusu pasti akan melalui hari 'bengkak susu' ini. Ia menyakitkan. Ada yang demam kerana bengkak susu. Antara ikhtiar yang selalu disyorkan adalah meletakkan sayur kobis bagi meredakan bengkak itu. Jika ada anak yang lebih besar, minta dia teruskan penyusuan bagi mengelakkan bengkak susu berulang.

5. Tiada lagi tidur malam yang nyenyak untuk anda. Di dalam kondisi diri yang masih sakit dan letih, si ibu perlu bersedia untuk menggunakan saki baki tenaga yang ada untuk berjaga malam. Jadual sentri tidur malam si ibu dan bapa telah berubah sama sekali dengan kelahiran permata hati anda. Bayi akan menangis malam untuk minum susu dan tukar lampin baru. Ada yang perlu bangun setiap satu jam, ada yang mungkin dua atau tiga jam sekali. Si ibu perlu curi-curi masa tidur setiap kali anak kecil anda tidur. Kesihatan diri ibu perlu diutamakan. Ibu sihat, keluarga bahagia!

6. Selulit. Gatal dan tidak selesa. Kalau boleh nak garu sampai berdarah. Ada pula barut yang menghalang. Yang terbaik boleh buat, sapu lotion atau minyak kelapa dara untuk pemulihan yang segera. Tahan, jangan tak tahan.

Apakah 6 perkara yang bapa perlu tahu selepas mendapat cahaya mata baru? Ikuti artikel seterusnya.

Comments

Popular Posts