Selamat Datang ke Tawau!


Bismillah, mari kita mulakan cerita tentang Tawau. Saya panggil Tawau Bumi Bertuah. Orang sini gelarkan Tawau Bumi Peladang. Penduduk di sini friendly betul. Tawau sebuah penempatan yang kecil dan sederhana. Pusing-pusing, kenalan kita di dalam lingkungan orang yang sama sahaja.

Apa yang menarik ialah, menjadi satu budaya di sini untuk mereka mengucapkan "Selamat Datang Ke Tawau." Orang Tawau berbesar hati menerima kunjungan tetamu. Baik di Facebook atau di Airport, mereka akan menyambut dengan kata-kata "Selamat Datang Ke Tawau." Untuk kita yang merantau ni pun sudah terikut-ikut budaya itu.. Sesiapa yang melangkah masuk atau tag di Facebook akan ke Tawau, diucapkan dengan kata alu-aluan mesra itu. Bila kita membawa budaya yang baik, apa salahnya untuk kita teladani bersama.

Tidak pula saya ingat setiap kali sahabat sampai Selangor, saya ucapkan Selamat Datang ke Selangor. Haha.. Saya tidak terkejut jika orang tidak tahu di mana Tawau berada. Saya juga begitu dahulu, saya tahu ia di Sabah, tapi tidak pasti lokasi sebenarnya. Tawau yang berada di bawah mulut kucing peta Sabah. Apabila bersembang pengalaman dengan sorang sahabat di Kuala Lumpur, beliau sibuk melayan telefon bimbitnya. Rupanya tengah google di mana Tawau berada. Saya tergelak kecil ketika itu.

Benar, Tawau bukanlah Bandar fames. Namun, bukan juga tempat jin bertandang. Tawau, jika anda selongkari hasil buminya, Allahuakbar, sujud syukur. Kaya! Memang, orang disini juga kaya-kaya seperti hasil bumi yang ada. Mewah budi bahasa. Mewah simpanan. Mewah juga makanan disini.

Dikatakan di Tawau ini terdiri dari pelbagai etnik kaum di Sabah. Buminya subur, langitnya biru. Disini tiada bangunan pencakar langit. Disini tiada shopping mall canggih-canggih. Di sini ada pasar yang murah. Disini ada ikan bilis yang fresh. Disini ada alam semulajadi yang sentiasa memukau pandangan.

Tawau ini Bandar yang releks. Bawa kereta pun 30km/jam. Yang laju-laju tu confirm orang luar. Penduduknya tidak ramai. Ramai perantau seperti kami. Ramai juga PATI datang menumpang. Setengah tahun hidup disini membuatkan saya rasa bersyukur ditempatkan disini. Tiada yang lebih baik buat kami buat masa ini selain Tawau.

 
Ini antara makanan dan buah-buahan fresh dari Pasar Tanjung. Saya panggil pasar seringgit dua ringgit. Kebanyakkan barang dijual ikat-ikat dengan harga begitu. :)

 
Jika ada yang sudah mula google mahu berkunjung ke Tawau, saya ucapkan terlebih dahulu
"Selamat Datang Ke Tawau."

Comments

Popular Posts