Kunak - Payau!

Kunak!


 
Salah satu pekan di Sabah. Kunak ke Tawau tidak berapa jauh. Dalam sejam ++ sampai lah tu. Ia adalah sebahagian perjalanan ke Lahad Datu. Tak explore habis lagi Kunak ni. Small town. Jarang ke sana.
 
Kalau lalu kunak, 1 je yang melekat di minda saya. Restoran Payau ni.
 

 
 
 

 
Payau atau rusa, sangat mudah didapati di Sabah. Ia dikira makanan wajib cuba bila sampai di Sabah. Tawau terutamanya. Ada satu restoran di airport masak sup payau yang sedap. Begitu juga di Kunak ini.
 
 
 
 
 
Ada juga rezeki kami dapat beli beberapa kilo daging payau untuk dimasak dirumah. Daging fresh tu. Baru tembak dan sembelih dari ladang ternakan. Dagingnya sedap. Sesekali tukar angin, asik makan daging lembu dan kambing, kita pekena payau pula.
 
 
 
 
 
Restoran ini mudah dilihat apabila masuk pekan kunak. Kecil je pekannya. Ada deret orang menjual ole-ole tempatan di tepi jalan, diseberang jalan, tersergah indah kedai payau ini berdiri. Masakan not bad. Harga, mesra rakyat!
 
 


payau masak halia

payau black pepper

Oh ya lagi satu. Depan kedai ni ada orang jual pisang goring.. haaa... local delicacies. Hok ni takde tabor cheese tapi still sedap... Jangan lupa cuba nanti.

One more thing, yang fames pasal kunak ialah cili kunak! Orang kata sedap. Ada kawan juga yang pesan suruh kirim bawa balik semenanjung. Bab cili, saya tak berapa boleh komen. Saya kurang makan pedas. Tetapi dari testimony dia.. saya percaya ada tarikan istimewa cili kunak itu!


 
 


Comments

Popular Posts