Niqab Story 101

Cerita Niqab (1)

Ini antara beberapa gambar awal saya mengenakan niqab di Mekah Mukaramah.

Bersama suami di Laut Merah.

Jabal Uhud. Mengenang peristiwa berdarah Islam.




Ada yang mintakan saya cerita, jadi saya kongsikan kenapa saya memilih untuk pulang berniqab usai kembali dari Tanah Suci. Saya buat kerana diri sendiri, kerana Allah. Tiada siapa yang suruh atau ikut trend mana-mana. Alhamdulillah.
Madinah dan pohon kurma.

Ada beberapa incident yang menghentak jiwa saya untuk berubah sebelum buat umrah hari tu.
...

1) Almari saya tiada baju yang sesuai. ada yang boleh bawa sehelai dua SAHAJA. Kak Roziana Mohamed, seorang sahabat FB momswithoutmaid club, sedekah satu jubah untuk saya ke sana. Sayang sangat jubah tu, sampai hari ni pakai nak ke mana-mana.

2) Lepas bersalin rahimi yang sakit bagai nak rak, saya rasakan Allah betul-betul bagi chance nak cuci dosa lampau. Ingat dah nak mati dah masa tu.

3) Nenek meninggal 44 hari lepas saya bersalin sememangnya reminder kematian ke-2 yang saya lalui dalam tempoh terdekat.


Rahimi, pencetus perubahan diri.
 
4) Pesanan pakcik untuk saya berjanji pada Rasulullah untuk menjaga sunnahNya selepas ini ketika di Raudhah. Menggigil nak berjanji masa tu, di Tanah Haram pula tu. Tak berani nak buat main-main.

5) Mak pinjamkan buku. Dan doa ni sentiasa terselak untuk saya baca depan Kaabah. Memang saya juga tiada kekuatan untuk melakukannya tanpa izin dan bantuan Illahi. Apatah lagi saya ni memang 'outdoor' girl.

6) Entah kenapa saya rasa orang yang pakai Niqab tu cantik dan saya selesa memakainya. Ia keputusan yang ringan. Langsung tak rasa susah dan kekok, sampai hari ini.
Alhamdulillah.

Bagi yang nak cuba menjaga aurat dengan sempurna boleh try doa ni.





Nanti saya share betapa saya rasa seperti 'Princesses' apabila bertutup litup ni. Best feeling ever. ^____^

Teman Umrah, Siti Fatimah, usahawan baju renang muslimah.

Comments

Popular Posts