Pulau-pulau Sempoerna : Tips Membawa Anak Kecil Ke Pulau










Alhamdulillah, walaupun dahulu pulau-pulau sekadar dalam angan-angan, hari ini Allah makbulkan semua.

Pengalaman tinggal di Sabah amat mahal. Kecantikan alam semulajadinya tiada bandingan. Sujud syukur dapat melihat awan yang cantik dan ikan menari-nari ditaman laut mereka. Siapa yang pernah pergi, dia tahu!


 

Dari June 2014 hingga Ogos 2015 - kami sudah Berjaya menjejaki Pulau Mabul, Pulau Bohey Dulang, Pulang Sibuan, Pulau Miaga, Pulau Mataking dan Pulau Pandanan. Anak-anak pun sudah tidak takut untuk terjun dari bot. MasyaAllah, university kehidupan terbentang luas buat mereka.





Tips Membawa Anak Kecil Ke Pulau
=============================

Dulu, saya pun tak berani sebab tak ramai member yang buat. Ingatkan pulau bahaya untuk anak-anak, sehinggalah saya belajar tentang kehidupan Bajau Laut di Sabah ini.


 
 
Anak Bajau laut dicampak ke laut setelah dilahirkan beberapa hari ke muka bumi. Mereka akan berkenalan dengan laut, sebelum mencapai umur 7 hari. Bayi itu akan tenggelam dan sebaik sahaja timbul, bapanya akan sambut untuk dibawa ke darat. Sebab tu diorang takpayah apply lesen PADI. Siapa nak anak mereka pandai diving sejak lahir, boleh cuba style Bajau Laut ini. hehe. Apa-apa risiko, saya tak tanggung.



Ramai juga tidak tahu, wanita mengandung dibenarkan snorkeling. Tiada beza snorkeling atau berenang di swimming pool sebenarnya. Kedua-duanya baik untuk exercise ibu hamil. Tertakluk kepada ibu hamil yang tiada komplikasi mengandung dan sebaik-baiknya, di trimester ke-2. Yang ini, saya dah cuba sendiri.




Apa perkara penting yang anda perlu ambil tahu ketika membawa anak ke pulau?

1. Jaket keselamatan kanak-kanak


 
 
Selalunya, jaket yang disediakan di bot hanya untuk orang dewasa. Bawa sendiri dari rumah. Boleh cari kat mudah.my kalau tak ada.


Brief pada anak cara pemakaian, do and don't ketika di dalam bot dan pantai. Praktikal sekali, insyaAllah diorang ingat lepas tu.

2. Sunblock for kids

Ini penting juga ni. Untuk mengelak kulit terlebih terbakar. Budak-budak ni kalau dah jumpa pantai dan laut, matahari atas kepala pun tak perasan.


3. Makanan dan minuman.

Check dengan host samada mereka sediakan makanan atau tidak. Pastikan kudap-kudapan cukup. Terutama air mineral. Cepat je budak-budak ni lapar.

4. Baju tambahan.

 
 
Untuk saya yang dah beberapa kali pergi pulau ni, kami tak bawa baju tukar dalam bot. Apa yang pakai pagi tu, itulah baju bawa balik petang di bot. InsyaAllah kering. Tak perlu angkut beg camping pula atas bot. Tuala boleh bawa, jika mahu. Tukar baju apabila sudah sampai di darat/hotel nanti. (kalau bercuti day-trip)

5. Ubat.

Panadol, Vicks, ubat muntah, minyak gamat, ubat gastrik. Wajib. In case of emergency.
Kalau mak yang risau sangat, bawa insect repellent.
Dan, extra plastik. Andai ada yang muntah atau untuk buat buang sampah.

6. Baby - susu & diapers.

First experience saya bawa baby, hiking Bohey Dulang masa umur dia nak masuk 8 bulan. Mudah bawa baby ni. Bukakan diaper sebelum masukkan dia kelaut. Berat nanti, dia rimas. Celup sikit-sikit, air pulau ni sejuk. Dia enjoy insyaAllah, mak bapa kena cool dan relax. Biar dia bertadabbur dengan alam, cara dia.

Siapkan flusk kecil air panas. Saya siapkan beberapa botol yang siap dengan sukatan susu tepung masing-masing. Kat atas bot, tinggal buka tutup, tuang dan goncang. Breastfeed dialu-alukan. Bawa kain penghadang menyusu siap-siap, tak pun, pakai tudung labuh.

7. Solat hajat.

 
 
 
Sehari sebelum bertolak, berdoa dan minta perlindungan untuk perjalanan anda sekeluarga. Laut itu cukup luas. Sesungguhnya kita tiada upaya untuk menghalang, sekiranya bencana menimpa. Doa mak makbul untuk anak-anak, gunakan sebaiknya.

8. Chill & enjoy...

 
 
Lastly, dah penat prepare, izinkan anak-anak belajar berkenalan dengan dunia. Jangan banyak sangat 'Jangan'. Biarkan mereka explore benda baru. Anda juga, patut belajar disamping mereka. Buka mata dan minda bersama-sama. InsyaAllah, ia akan menjadi percutian yang berbaloi dan bermakna.

Selamat bercuti. ^__^

Comments

Popular Posts