Resume Seorang Ghostwriter.

Hai.

Tidak update blog tidak bermakna saya tidak menulis.

Sejak setahun lepas saya menulis dibawah tanah. Alhamdulillah. Rezeki menulis sambil menjaga keharmonian rumahtangga dan anak-anak kecil. Kumpul-kumpul, ckuplah duit untuk bayar hutang. Syukur, syukur.

Minat menulis ini sudah bermula sejak dibangku sekolah. Masih ingat lagi saya berangan nak menulis novel suatu masa dahulu. Sudah tentu ia cita-cita yang masih belum kesampaian. Pernah juga masa tingkatan 3 rasanya, saya menang pertandingan esei peringkat kebangsaan Koperasi. No 1 dan no 3 semua datang dari sekolah asrama penuh. Saya no 2 je dating dari sekolah kampong. hehehe.. #achievementunlock gitu!

Beberapa tahun lepas, karya pertama ebook saya telah dilancarkan. Buku cerita bergambar kanak-kanak bertajuk, Kerang Ajaib, dibawah terbitan Kota Buku. Anda boleh membeli di link ini. Bagus dibacakan untuk anak malam-malam sebelum tidur.

http://bookcapital.my/?product=kerang-ajaib



Tetapi untuk setahun lepas, saya menulis untuk bisnes. Saya perlu study banyak topic, trend terkini dan membaca statistic radar pembaca. Apa yang mereka suka dan apa yang tidak. Understudy subject content marketing ni cukup menarik. Its all about research, trial and error. Saya juga berpeluang bekerjasama dengan pelbagai usahawan berbeza latar belakang.

Sebagai resume, jika ada yang mencari khidmat ghostwriter juga..

Saya ada menulis artikel untuk beberapa website setiap bulan:

www.ohibu.com
www.tadikaabs.com

Selain itu, saya juga membantu untuk menulis konten di FB pages. Saya ambil fi minimum RM100 - RM500. Bergantung kepada tahap research dan kekerapan menulis yang perlu dilakukan.

Antara Genre FB page yang perlu saya kendalikan konten bulanan ialah :

1. Masakan
2. Pendidikan
3. Perkahwinan
4. Spa & Kecantikan
5. Penulisan Kanak-kanak
6. Pelancongan
7. Interior Design
8. Printing

E-book kedua saya diterbitkan bersama Tim Ohibu!
Cubalah klik, mana tahu boleh dapat percuma..

www.tipspenyusuansusuibu.ohibu.com


Mudah-mudahan lepas ni saya ada buku yang dicetak pula. Mana tahu, dapat beratur bangga di rak popular atau MPH suatu hari nanti. Angan-angan itu percuma bukan? Lepas ni nak focus travelog pula. Sebab tu tak sempat nak update blog. I've been busy. Ehehehe..

Travelog apa yang anda berminat mahu tahu? Cerita di Sabah atau kisah di Mekah? Atau cerita anak yang sedang membesar? Atau kesemuanya sekali? Hehehe... Tamak betul.


Andai ada yang berminat untuk merisik hasil kerja saya, boleh PM saya di Facebook. Itu office rasmi buat masa ini atau emel di sabrina.iss.si@gmail.com

Comments

Popular Posts