Road Trip Tawau - Sandakan : Le Tour De Sandakan 2014

Tawau ke Sandakan (Part 1)
====================

Bukan dekat. Macam KL ke Kelantan. Sakit pinggang duduk dalam kereta lama-lama. Tapi, oleh kerana, mahu mencari ilmu dimuka bumi Allah ini, kami sekeluarga tekad untuk drive ke Sandakan. Rahimi dalam 3 bulan masa tu.

Jalan di Sabah berbeza, agak ganas jalanrayanya. Sebab itu ramai yang menggunakan 4wd disini. Kami pula, berbekalkan VIOS kesayangan yang dibawa dari Semenanjung. Perjalanan disini juga bukan seperti highway Johor ke Kedah. Tak berapa ada RnR nak stop tengah jalan kalau nak ke toilet atau minum kopi. Tandakan dalam peta siap-siap dimana Bandar-Bandar kecil yang anda boleh berhenti untuk meregangkan kaki dan pinggang buat seketika. Terutama yang ada anak kecil seperti saya.



Pitstop kami yang pertama, Lahad Datu. Nama Bandar ini cukup panas pada rakyat Malaysia. Sebab pernah diserang oleh geng lanun suatu masa dahulu. First time nak ke sana, kami pun seram juga. Tapi bila masuk, bah.. impress gila. Bandarnya cukup tersusun dan agak maju. Siap ada airport sendiri juga. Small airport.


Di Lahad Datu, tempat percutian popular ialah

1. Lembah Danum,
2. Tabin Wildlife Centre,
3. Menara Kayangan dan
4. Pantai Sahabat.

Lembah Danum ni, Prince William dan Princess Kate pun datang mencemar duli, katanya hutannya cantik. Kami sendiri belum berkesempatan untuk ke sana. Boleh mandi lumpur, bekas tapak gunung berapi gitu.


 
Oleh kerana kami hanya berhenti sekejap, kami singgah di Menara Kayangan. Jalan naik ke menara ni betul-betul dipersimpangan jalan masuk sebelum ke Lembah Danum. Bayar tiket, dan drive sampai ke nun atas sana. Berkabus tempatnya. Sejuk. Aircord fresh dari hutan. Rindu Cameron highland tiba-tiba.



view dari atas menara

terror budak-budak ni panjat tangga menara yang tinggi tu

Lepas tu, kami pekena Sabah Chicken Rice di Bandar Lahad Datu. Ia ala-ala Ipoh Hainanese Chicken Rice cuma versi Sabah. Yes, its true.. ada kawan pernah cakap, "Puan, kalau kami sampai Sabah, kami dah tak pandang ayam dah." Hehehe.. betul, Sabah memang mewah dengan seafood. Tapi buat kami yang menetap di Sabah, rindu juga nak makan ayam. Seafood hari-hari, gout pula nanti.




Kemudian, kami teruskan perjalanan. Next convenience pitstop di Bandar Kinabatangan. Ada KFC kecik untuk minum petang. Malam baru sampai Sandakan. Fuh.... Pada awalnya, saya mahu tidur di chalet di tepian sungai Kinabatangan. Berangan nak cruise sambil tengok buaya dan pygmy elephant keesokan paginya, namun diatas beberapa nasihat orang tempatan dan memikirkan keselamatan anak-anak kecil, saya tangguhkan dulu sehingga mereka besar sedikit.


Hilang penat driving sehari


Oleh kerana saya ni dibesarkan di Selangor, yang agak maju, jadi saya tidak teringin pula nak tidur di Bandar Sandakan. Saya mencari hutan-hutan jauh dari line telefon supaya kami dapat berehat dan menenangkan fikiran. Alhamdulillah, pencarian saya ditemukan dengan Paganakan Dii Tropical Resort. Located opposite Sepilok, tempat orang hutan tu. Tak jauh, 5 minit je kot. Awal tu sampai, kena masuk dalam sikit, disebabkan dah nak masuk senja.. Iss cuak betul masa tu, betul ke tempat yang saya booking ni? macam horror je jalannya.. tapi bila sampai, siap takmau balik pulak dah suamiku..



Thou it has been months from our last visit there, I can still smell the sweetness of the forest while writing this article. Ecewah! Misi mendidik anak-anak mengenal alam sungguh tercapai saat itu. Burung berkicau, free. Anak tupai melompat dan memanggil pagi-pagi, priceless. Berkenalan dengan nyamuk dan unggas malam, serupa dektektif masing-masing.


Sesiapa yang teringin nak check in boleh check website mereka di www.paganakandii.com. Rate semurah RM35 hingga RM236 untuk family. Yang penting, apabila bawa anak masu hutan atau pulau, mereka perlu diberi tempat berehat yang selesa. Rezeki kami hari itu, bilik air-cond dan ada hot shower, tengah hutan. Mana nak dapat oi.. katil double decker + Queen + baby cott. Dan.. ini first time anak-anak saya berkenalan dengan kelambu. Almaklumlah, kampong budak-budak ni kat kondo. Nenek zaman sekarang moden dan canggih!

 Bella main kelambu.
Bilik kami ada dinding slide yang boleh ditolak buka luas terus mengadap hutan hujan. Kalau buka malam, berteman muzik cengkerik original gitu. Tempat ni ideal kalau nak menulis buku. Tenang lagi menyegarkan.

Fabiaiiala Irabbikuma tukazziban..
Nikmat mana yang mampu kami dustakan..
It's a 5 star experience in the middle of a forest. Sujud syukur. Rezeki anak-anak.


Ini pula beberapa morning view dan aksi sebelum kami berangkat dan memulakan ekspedisi Sandakan. Oh men, I wish I could wake up every morning like this. Miss green forest.

Obviously, each of us enjoy it so much. Look at their faces. ^___^


View dari atas katil double decker.







Comments

Popular Posts