Sandakan aka Elopura

 Sebenarnya, agak tidak adil untuk wrap keindahan Sandakan dalam satu entri, namun ia memudahkan pembaca. Ini bukan maklumat penuh tentang Sandakan tetapi berdasarkan lokasi yang saya lawati tempoh hari.
 
Elopura, sedapkan nama tu. Itu nama lama, sebelum ditukarkan kepada Sandakan. Elopura bermaksud Bandar yang indah. Sandakan atau Elopura, adalah Bandar kedua terbesar di Sabah. Memang besar dan canggih kalau nak dibandingkan dengan Tawau. Kalau google, berderet tempat menarik untuk dilawati keluar.
 
Satu fakta menarik tentang Sandakan dikalangan penduduk tempatan ialah Pasar Gelap. Ini cerita underground. Jangan cerita pada sesiapa. Sandakan terkenal untuk mereka membeli stok telur penyu.
Telur penyu tidak dijual secara terbuka di meja pasar. Perlu bagi signal tangan untuk mendapatkannya. ...
 
Jangan tanya saya dimana dan bagaimana. Saya tak makan telur penyu dan saya penyokong kuat WWF Malaysia.
 
Dari makan telur penyu, saya suka makan di English Tea House and Restaurant. Lokasi di atas bukit tepi pantai. Makan pula bawah pokok rendang, dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Makanan Melayu dan teh panas English. Allah, sedapnya..
 
Restoran ni atas bukit, mengadap laut. Makanan superb sedap, tambah pula makan bawah pokok rending, angin aircond direct dari laut.. best feeling ever gitu. Sedangkan dunia sahaja sudah indah begini, bagaimana pula syurgaNya nanti. Memang tak dapat nak bayangkan..

Restoran ni mesra kanak-kanak, ada taman kecil dengan set polo Alice and the wonderland. Mainlah sampai puas. Takde charge apa. Mak abah makanlah setenang-tenangnya. Tapi, harga kat sini ada skit standardlah. Mahal sikit, tapi standing dengan service yang diberi, insyaAllah.





 
 
Tempat ini bersebelahan Agnes Keith House, seorang penulis, yang memahat nama "Sabah Negeri Di Bawah Bayu" sehingga hari ini. Rumah beliau telah diubahsuai untuk dijadikan Muzium Sandakan. Untuk orang yang sentimental macam saya, sesuai untuk singgah melawat.
 
Muzium ini tidak dibenarkan bergambar. Jadi, kami amik gambar dari luar sahaja. Nilai rumah itu mahal, kerana semuanya dikatogerikan sebagai antik hari ini. Bertuah anak-anak dapat tengok telefon pusing nombor zaman dulu-dulu.
 
 
Nampak tak Orang Utan tengah makan tu?
 
Ini tempat trainee junior Orang Utan
 
Antara tempat yang famous di Sandakan ialah Sepilok. Tempat Orang Utan. Saya sangkakan seperti zoo. Oh tidak, rupanya sangkaan saya meleset. Di Sandakan ni, banyak Sanctuary, tempat pemulihan haiwan di dalam hutan terbuka. Tempat ini dibangunkan indah untuk kunjungan pelancong tanpa mengurung haiwan-haiwan tersebut. Jadi, nasiblah. Kalau pandai teropong, nampaklah haiwan yang dicari. Kalau tak pandai, anda meloponglah sendiri.
 
 
Mencari Sunbear
 
Antara Sanctuary yang ada di sini ialah,
1) Sepilok - Orang Utan
2) Sunbear - Beruang Madu
3) Rainforest Discovery Centre - Untuk teropong burung bagus kat sini!
4) Proboscis Monkey - Monyet Belanda.
5) Borneo Pygmy Elephant
 



 
 
Tips untuk ke tempat-tempat ni :
1. Pakai sport shoes dan sediakan air mineral secukupnya
2. Check masa makan yang ditetapkan untuk haiwan yang mahu dikunjungi
3. Jangan bawa jajan!
4. Pastikan kamera ada zoom dan penuh bateri
5. Banyakkan bersabar
6. Pakaikan anak-anak topi.
 
 
 
Cerita Monyet Hidung Squidward.
===========================
 
Ini Proboscis Monkey atau Monyet Belanda. Saya tidak tahu kenapa ia dipanggil begitu. Adakah kerana hidung uniknya atau bulunya yang 'blonde' ala-ala orang Belanda gitu? Anak-anak kecil mudah mengecamnya sebagai monyet hidung squidward.
 
 
Apa yang kami perhatikan, monyet spesis ini cukup bertamadun. Mereka makan menggunakan tangan kanan. Mereka diajar untuk menghormati yang lebih tua. Monyet muda tidak boleh mengambil makanan monyet senior. Namun..., sesama monyet senior, mereka sudi berkongsi makanan bersama.
 
 Ini hutan terbuka. Tidak seperti di KL, bird parknya confirm akan jumpa burung. Nasib baik, anda jumpa banyak binatang, nasib kurang baik yang turun hanya beberapa ekor sahaja. Yang best tentang hutan terbuka ini, haiwan dan hidupan lain juga bakal menyapa anda tanpa disangka-sangka. Haiwan apakah yang kami jumpa? Hehehe.. biarlah rahsia.






 
Di Sabah ini banyak pokok kelapa sawit. Di kiri dan kanan, barisan pokok kelapa sawit dan pokok kepala, gah menghijau. Di depan, ada bukit bukau tinggi memukau dan langit biru sentiasa berubah awan.
 
Setiap kali lalu, saya akan kenalkan pada anak-anak, yang pendek gemuk tu, pokok kenapa sawit. Yang tinggi kurus adalah pokok kelapa yang buahnya dibuat minum.
Semasa bercuti ke Sandakan tempoh hari, ada pula pokok kelapa sawit yang tinggi lampai. Bonda, kenapa pokok kelapa sawit tu kurus? Hah, sudah!
 
Err.. yang itu tak cukup vitamin. Maka, bermulalah episod 'diari kenapa sawit Sabah' untuk anak-anak. Saya cuba jelaskan bahawa jarak penanaman dan baka yang berbeza mempengaruhi faktor tumbesaran sesebuah pokok.
 
Saya tak pasti anak berumur 3, 5 dan 8 tahun faham atau tidak. Yang pasti mereka mengangguk-angguk dan kata OOooooOoo... faham la kot. Yang pasti ada sel-sel otak sedang berhubung menandakan mereka semakin matang setiap hari.
 
Nampak tak? jauh perjalanan luas pemandangan.
 


 Apa lagi yang istimewa di Sandakan?
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Of course the seafood! Antara tempat utama pengunjung luar dan dalam negeri ialah Buli Sim-sim. Buli sim-sim ni perkampungan atas air. Sekolah dan masjid pun atas air. Kagum saya! Saya tak sempat pergi hari itu, tapi saya sempat pekena ketam bakar di lokasi lain pula. Jangan jeles.
 

 
 
Next, salah satu tarikan pengunjung, di KK dan Sandakan ialah graffiti di jalanan. Gambar cantik dilukis sepanjang dinding pantai yang panjang ini. Kreatif betul. Di KK juga ada begitu. Tawau je belum lagi.





OK. It's a wrap! Bye-bye Sandakan. Lepas ni kita ke Kunak pula.

Mereka di MooCow Sandakan








Comments

Popular Posts