Mabul, Sabah - Pakej Backpakers

Oleh kerana ramai yang bertanya, jadi saya menjawab.



1) Tiket kapal terbang.
...

Hanya ada dua flight dari Kuala Lumpur ke Tawau, MAS dan Air Asia. Tiket paling murah yang anda boleh beli ialah RM99.90 dari Kuala Lumpur ke Tawau. Khas ketika Air Asia buat sale. Time lain harga ada sikit up lah. Subscribelah dengan Promo AirAsia. Senang dapat notis bila mereka buat Sale. Jangan turun kat Kota Kinabalu pula ya. Tawau ada Airport tersendiri.



2) Perjalanan Tawau ke Sempoerna.

Disini, anda punya dua pilihan. Amik taxi atau sewa kereta terus ke Sempoerna atau tidur satu malam di Tawau. Esok, lepas Subuh baru bertolak ke Sempoerna.

Taxi - RM120++ sehala

Sewa Myvi/SAGA - RM120 sehari

Pilihan ketiga, anda boleh minta hotel/resort di Sempoerna untuk aturkan pickup buat anda terus dari Airport. Mereka charge ikut kepala. RM40 sehala untuk rate Scuba Tiger Resort, sebagai contoh.





3) 3 hari 2 malam.

Percutian ideal untuk budget holiday di Pulau-pulau Sempoerna ialah 3 hari 2 malam. Kalau banyak duit, amik seminggu pun takpa. Anda boleh memilih untuk tidur satu malam di Tawau, dan satu malam di Sempoerna atau dua-dua malam di Sempoerna.

Itenari - Hari pertama sampai, ronda, rehat

Hari kedua naik pantai, tidur kepenatan

Hari ketiga shopping dan pulang ke pangkal jalan






4) Day-trip

Untuk dapat harga murah, amik pakej Day-trip atau balik hari. Bot akan bersiap untuk naik ke pulau dalam jam 8 pagi dan pulang jam 5 petang. Cukup gelap badan dah tu, percayalah! Anda boleh melakukan island hoping dalam masa itu, mengikut pakej yang anda ikuti.

Mabul - Kapalai = RM70 sekepala
Bohey Dulang - Sibuan = RM70 sekepala
Mataking - Pompom = RM100 sekepala.

Tidak termasuk snorkeling equipment dan makan. Bergantung juga. Tanya pakej yang penganjur aturkan. Ada yang hanya perlu tambah RM10 untuk sewa set snorkeling.







5) Resort atas laut vs tepi laut

 
 
 
Rate hotel tepi laut RM100++ semalam untuk dua orang. Tawau atau Sempoerna, lebih kurang sama harganya.

Rate atas laut, termasuk bot, snorkeling dan makan ialah RM380 satu kepala, satu malam. Ini pakej budget. Yang tak budget makan ribu-ribu juga satu malam. Contoh, pulau Kapalai dan Mataking. Banyak beza harga tu!



 
 
6) Makan/minum dan shopping

Ikut budget yang anda tentukan. Tahap shopping seseorang individu berbeza dari satu sama lain. Tanya sahaja pada penduduk tempatan di mana pasar, mereka akan tunjukkan. Orang Sabah ni mesra dengan pelancong tempatan mahupun luar negara.

Daripada nota di atas, anda boleh kira sendiri budget untuk bercuti ke sini. Tak sampai seribu pun seorang dah termasuk flight, pulau, hotel, kenderaan, udang dan ketam sebagai dinner. Kalau datang konvoi dengan kawan-kawan lagi jimat. Boleh berkongsi kos yang ada.


 
Saya harap nota ini membantu dan bermanfaat. LIKE & SHARE untuk kawan-kawan yang lain juga. Selamat merancang cuti anda!


P/S Harga yang diletakkan adalah merupakan harga yang dibayar mengikut pengalaman penulis ketika pergi bercuti. Sebarang peningkatan dan GST tertakluk kepada tahun anda bercuti juga. Mohon hubungi agen-agen bercuti di Mabul untuk harga terkini.


.
Salam sayang dari Tawau,
Sabrina Ismail 
 
 

Comments

Popular Posts