Hawa Humaira Isham : Kejutan Yang Tidak Disangka

Senyuman pertama Hawa Humaira

Awal tahun 2016, kami sekeluarga dikejutkan dengan keputusan ‘double-line’ ujian kehamilan. Allah, ini memang rezeki tak disangka-sangka. Speechless. Tak tahu nak cakap apa. Trauma kelahiran Rahimi masih terasa, kini saya perlu menempuh satu lagi pengalaman labor room yang baru? Oh tidak! Paling saya sedih, mengenangkan pasti tahun ini tidak dapat melawat Baitullah. Niat hati, mahu naik Haji (berangan sahaja) tahun 2016. Bila tahu mengandung, confirm, confirm saya tak dapat melakukan haji. Masakan tidak, tarikh due kelahiran bakal jatuh pada Hari Raya Korban. Nangis.

Sehingga pada suatu hari saya bertemu dengan ayat ini.

Rasulullah saw. telah berwasiat kepada Fatimah Az-Zahrah, anaknya :

"Wahai Fatimah, apabila wanita mengandung, malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, dia tidak akan membawa dosa sedikit pun. Di dalam kubur akan mendapatkan pertamanan indah yang merupakan bagian dari taman surga. Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahalah seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari Kiamat”.

Hati saya terubat. Saya redha.


Walaupun ini kehamilan yang ke-5, jujur, setiap pengalaman untuk setiap anak ternyata berbeza. Tiada ada satu yang sama. Kali ini, lagi lain dari yang lain. Saya muntah-muntah dari awal kehamilan. Selalunya tidak. Tapi untuk kali ke 5, I’m not complaining, just enjoy the moment. Ini mungkin kehamilan terakhir saya, siapa tahu. Dan, untuk kali pertama, saya kena kencing kotor. Sepanjang kehamilan pula tu. Sebelum ini, saya ada history GBS +ve untuk keempat-empat kehamilan, ajaibnya, kali ini bebas GBS +ve. Kagum!
Umrah ketika kandungan 6 bulan lebih.
 
 
Kehamilan kali ini cukup istimewa. Dia malu nak tunjuk ‘gender’ dia. Pada bulan ke 8 baru dapat tahu lelaki atau perempuan. Oleh kerana kali ini, saya memakai baju lebih labuh dari biasa, inilah satu-satu pregnancy yang saya ambil banyak gambar ketika mengandung. Sebelum ini, saya alergik dengan kamera ketika mengandung. Still, ramai yang tidak tahu status ‘ibu mengandung’ saya. Dan.. tanpa disangka-sangka, pada hujung trimester ke-2, saya dan suami dijemput ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah sekali lagi, bersama anak di dalam kandungan. Untungnya, dijemput menjadi tetamu Allah sejak dalam rahim lagi. MasyaAllah Tabarakallah, semoga dipelihara dan menjadi anak yang solehah suatu hari nanti. Makanan kegemaran kali ini, wajib ada, kurma ajwa. Makan macam makan gula-gula. Sampai saat dilahirkan, alhamdulillah, stok tak pernah putus.
 
Wedding Epen. Mengandung 3 bulan. Depan orang steady, balik bilik muntah-muntah sampai malam.

Kemudian, di jemput untuk ke luar negara sekali kali, Brunei pada bulan 7.  Lepas balik Brunei, ngam-ngam sebulan, anak bertuah ini dilahirkan. Kuat berjalan baby kali ini.
 
Sebulan sebelum melahirkan. Berpeluang masuk ke Istana Brunei sempena Raya Aidilfitri 2016.

 
Pengalaman melahirkan kali ini benar-benar menginsafkan jiwa. Ada pelajaran mahal yang saya baru belajar dan saya baru terbuka hati untuk lihat, walaupun sudah 4 kali melahirkan sebelum ini. Ia mengajar saya erti kesabaran yang sebenar. Ada banyak isu dan doa diusulkan untuk kelahiran kali ini.
1)    Soal menjaga aurat – tak mahu kena check banyak kali
2)    Suami mahu teman di labor room
3)    Anak-anak tiada penjaga
 4)    Saya teringin bersalin ‘natural birth’
 
Pendek cerita, semua doa di atas makbul untuk kelahiran kali ini.
 
 
Semenjak memakai purdah, saya amat teliti untuk dilihat oleh orang luar sekali lagi. Susah hati saya mahu melahirkan, kerana tenaga pakar yang ada di Tawau ini hanya seorang doktor lelaki sahaja (hospital swasta). Namun, pengalaman umrah baru-baru ini, secara tidak langsung, Allah cuba memberi mesej, tidak mengapa untuk dilihat jika darurah dan kesulitan sedang berlaku. Allah akan ada untuk membantu dan sesungguhnya Allah lebih tahu.
 
Berkampung di hospital.
Sehari sebelum admitted, 9/8, saya mengalami satu kontraksi kuat, lebih kurang pada waktu magrib. Esok, 10/8, bila checkup di hospital, doktor sahkan sudah buka 2cm dan dijemput untuk diwadkan hari itu juga. 36 minggu. As expected, saya memang selalu bersalin awal 3-4 minggu. Selepas selesai ambil anak dari sekolah dan lunch, dengan senang hati kami check-in hospital ramai-ramai. Lebih kurang jam 2 lebih petang. Ambil bilik satu katil dan ramai-ramai berkampung di situ. Ada pil ‘induce’ diberi dan kontraksi mula sakit sedikit demi sedikit. Beberapa jam kemudian, ada lendiran darah keluar dengan banyak. Saya fikir itu air ketuban yang pecah tetapi tidak, orang tua-tua kata itu kelahiran kembar darah. Ia dikatakan lebih sakit dari kembar air. Pada saya, sama saja. Dua-dua pun sama sakit. Pada suatu tahap, saya minta pain killer. Nurse pula tak mahu beri. Haa.. sudah. Bergaduh la kami berdua sekejap. Polisi di hospital itu tidak memberi seberang dadah bantuan kepada ibu yang mahu melahirkan. Pulak dah! Saya tahu ketahanan badan saya, saya tak kuat melawan kontraksi, dan pembukaan servik agak slow. Saya perlu simpan tenaga untuk meneran nanti. Saya merayu kerana sudah berbincang dengan doktor sebelum ini untuk pain killer itu. Nurse akhirnya akur untuk memberikan saya satu suntikan selepas dibenarkan oleh doktor.
 
Bangun tidur semua terkejut dah ada baby baru dalam bilik. Macam mimpi je semua.

 
Timing saya minta pain killer itu just nice. Selepas itu, sakit naik mendadak. Macam tak rasa ada pain killer pun. Yet, servik tak buka dengan cepat. Slow and steady. Sampai, semua anak-anak sudah selamat tidur malam dengan nyenyak. Baru pembukaan servik buka dengan cepat. Doa yang makbul. Allah tahu, kami suami isteri tiada siapa yang bantu. Allah tahu saya susah hati memikirkan anak-anak nanti. Allah tahu, suami teringin mahu temankan saya di labor room nanti. Jam 2 pagi, saya ditolak ke labor room bersama suami disisi. Baik sungguh bayi dalam kandungan ini, memahami situasi yang keluarga kecil kami alami. Jam 2 pagi, tiada siapa melihat saya lagi. Aurat saya ternyata dijaga dengan rapi. Hanya tuan doktor dan anaknya sahaja yang melihat saya, tiada lelaki lain alhamdulillah.

Merah seperti namanya.


Tuan doktor dan misi-misi berkeras untuk tidak mahu memecahkan air ketuban saya sehingga saat-saat terakhir. Doktor hanya tunggu bayi keluar tanpa sebarang paksaan. Dia tenang membuatkan saya juga tenang, walaupun dalam kesakitan. Tiada paksaan forcep dan sebagainya. Dia tunggu saya mencari tenaga yang telah hilang untuk push bayi bertuah itu keluar. Teringat ketika melahirkan yang lain-lain di Kuala Lumpur. Induce + Pain Killer/Epidural + gunting + forcep = semua nak cepat. Lain dengan keadaan di Tawau ini, dua-dua kelahiran bebas gunting. Doktor disini memaksa pesakitnya untuk bersalin secara alami, MasyaAllah! Jam 2:29am, 11/8/2016, Hawa Humaira Isham selamat dilahirkan, alhamdulillah! Kecil comel orangnya, beratnya ketika itu hanya 2.3kg sahaja.

Baru dilahirkan, masih di labor room.


Nak tambah istimewa lagi, pengalaman baru saja Allah nak bagi, Hawa satu-satunya anak kami yang kena tahan sebab jaundice. Ilmu baru. 2x berkampung di hospital keranamu, duhai anakku sayang.. Semoga Hawa membesar menjadi anak yang solehah dan sentiasa dibawah rahmat Allah swt.


Dibawah lampu biru. Bacaan tinggi dan berat badan Hawa turun ketika ini. Tiada pilihan selain berkampung sekali lagi.
 
Alhamdulillah, sudah sepasang anak Tawau ku!

Comments

  1. Adakah anda memerlukan kelayakan Perniagaan mudah atau pinjaman peribadi dari $ 3,000 - $ 50,000,000? kredit yang buruk atau kredit Baik, tidak membuat sebarang perbezaan dengan kami. 3% daripada permohonan diluluskan dalam tempoh 72 jam. Untuk memohon, mendapatkan berhubung dengan kami
    melalui e-mail:
    idaghehernadez@gmail.com
    Whatsapp +13176681073
    Mr Lonnie Hernadez

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts