Husna 8 - 10 tahun : Tawau (2014 - 2016)

 
 
 
Sekejap je sudah masuk 2 tahun lebih kami berada di Tawau, Sabah. It really feel home today. Pejam celik, pejam celik, anak-anak pun dah besar. Husna sempat celebrate 3x birthday kat sini. Ini antara gambar kenang-kenangan ketika dia membesar.
 



Husna pintar akademi. Kurang pada aktiviti mencabar yang lasak dan mendebarkan jiwa. Dan dia juga amat gemarkan kerja seni termasuk seni makanan. Terutamanya kek. Ada rezeki, ada ruang, nanti kita polish bakat dan minat itu menjadi duit. Ecewah. Kemahiran hidup amat mahal nilainya di zaman serba boleh hari ini. InsyaAllah, ada rezeki, rumah seterusnya kita beli oven ok!




 
 
Semenjak dah besar ni, Husna lebih selesa menunjukkan kasih sayang dengan membelikan ahli keluarga hadiah mahupun membuatkannya sendiri. Nak peluk-peluk, dia dah segan malu-malu kucing. Atau, tolong buatkan kerja rumah untuk saya. Bab tu memang saya bagi 100 markah. Total in love with u my dear!
 


 
Macam tak percaya dia dah sepuluh tahun hari ni. Rasa macam baru bersalinkan dia semalam je. Hari ni dah jadi Papa Food Buddies dan penolong kanan Bonda yang berjaya. Kalau dia demam, aduyaiii.. patah tangan bonda sebelah. Hilang kakitangan yang boleh dipercayai. Long way to go dear. Bare with us! Kalau kena marah tu sabar je la. Kami hanya punya beberapa tahun untuk melentur Husna sebaiknya, sebelum fasa remaja bermula dan kita menjadi sahabat gurau senda semula.





Semoga terus membesar menjadi anak yang baik dan solehah. Solat dan Al-Quran jangan tinggal. Itu saja pesan kami. Usah pernah lupa!

 

Comments

Popular Posts