Wedding Epen & Esya : Mac 2016

Barakallahufik Epen & Aisya.
Tanggal 11 Mac 2016, kami sekeluarga mendapat adik perempuan yang baru. Ini bait-bait amanah yang saya telah sampaikan di Majlis Resepsi mereka tanggal 12 Mac 2016. Saya naik muatkan di blog ini, agar ia menjadi memori indah dan sentiasa menjadi peringatan diri, andai saya pernah terlupa. Ini untuk Epen dan Aisyah.

Behind the scene
 
Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum warahmatullahwabarakatuh.

 Ladies and gentlemen, members of the floor,
 We're here on this Special Day
 Our hearts are full of pleasure
 A day that brings the two of you, Affendi and Aisyah, Close Together
 We're gathered here to celebrate
 A moment all of us will always treasure
 We ask Allah to make your love, Last forever


Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jama'a bainakuma fii khaiiir

May Allah bless for you (your spouse) and bless you and may He unite you in both in goodness.
Semoga Allah memberi barakah kepadamu dan atasmu, serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin lelaki dan perempuan) di dalam kebaikan. Hadith Riwayat Sahih Al-Tarmizi 1/316.
 


Flower girl versi Muslimah
 
Duhai adindaku Aisyah, di hari bahagia ini kami mengucapkan selamat datang ke dalam keluarga kecil kami. Keluarga kami bukanlah keluarga yang sempurna. Kami semua hamba yang terlalu banyak cacat cela. Namun satu, kami sudi untuk menerima dan belajar meningkatkan iman di dada. Jika ada salah dan silap, mohon kesabaran dan tunjuk ajar bersama.


Flower gigirl

Husna dan Bella
 
Begitu juga dengan adinda kami yang bongsu, putera hatimu.

Dia bukanlah hartawan yang mampu menjanjikan gunung kilauan emas di majlis ijab kabulmu.

Bukan juga rupawan yang mampu berlakon layar bergaji puluhan ribu.

Jauh sekali, ilmuwan yang pintar menjawab segala soalan tanpa membuka buku.

 
Adinda kami, walau bagaimanapun, seorang insan yang jujur dan rajin berdikari. Kami percaya, dia mampu berdiri dengan kakinya sendiri. Perjalanan hidup ini masih panjang. Peganglah tangannya ketika beliau berada di bawah, eratkan genggaman ketika roda kehidupan sedang berada di atas. Saling ingat-mengingatkan tatkala terlupa, saling maaf-memaafkan tatkala terguris bahasa. Jangan tunggu raya. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan lagi Aisyah dan Affendi.

Mama dan ayah pengantin baru


Untuk Affendi, hari ini tanggungjawab diri sudah berganda.

"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu." (An-Nisa :1)

Anti Chik dengan Uncle Zack merenjis
 
Peliharalah Aisyah dan keturunanmu daripada api dunia, apatah lagi neraka yang hakiki. Wanita ini lemah dari segala segi. Masakan tidak, kami hanya punya akal satu berbanding lelaki yang 99 itu. Emosi kami juga sering bercelaru. Oleh itu, jadikanlah sabar itu sebahagian darimu, hari ini, esok, sehingga akhir hayat nanti. Bahagia itu suatu pilihan. Redha pula kunci kepada bahagia. Itulah rahsia sebenar sebuah rumah tangga yang gemilang, dunia dan akhirat abadi. InsyaAllah.


Sebahagian daripada AishaBee's clan
 
Jika saya mulakan ucapan ini dengan lagu Maher Zain, saya akan menutup dengan kata-kata hikmah daripada penceramah kegemaran saya, Mufti Ismail Menk. Ia peringatan untuk saya, juga semua, andai kita terlepas pandang.

 "Your daughter is entrusted to you by the Almighty, so look after her well. But your daughter in law is entrusted to you by BOTH the Almighty as well as her family, so fulfil the trust with greater care."

Pengantin lama nak naik pelamin juga, kasi can la.

Full house, new family, new chapter of life.


Wasaalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Selamat pengantin baru.

 

Salam sayang dari saya,
Sabrina Ismail.

Comments

Popular Posts