Behind the Scene : Affendi & Aisya Wedding 2016

Alhamdulillah, semua selamat disiapkan dan cantik.
 
Cerita wedding semua nampak indah belaka. Walhal, di sebalik tabir, macam-macam cerita tunggang langgang berlaku. Ini kisah kami sekeluarga. Basicly, untuk wedding epen kali ini, mama dengan ayah yang arrange di awal-awal hari. Masakan tidak, pengantin kerja di Kuantan, adik lagi seorang di Negeri Sembilan, saya dan keluarga di Sabah.
 
 
Lebih kurang 2-3 hari sebelum wedding baru semua orang balik kampong. Kampung la sangat Kelana Jaya tu. Hehehe.. Saya sampai hari Rabu, ada satu hari sahaja untuk siapkan semua hantaran, pada hari Khamis dan Jumaat akad nikah sudah berlangsung. Fuh, marathon bang! On and off mama akan mesej dan call untuk beli aksesori hantaran. Basicly, saya guna apa yang ada sahaja untuk siapkan hantaran vogae the vass ni. Dah tak ada masa nak beli barang-barang tambahan. Sampai je rumah mama dari airport, amik barang-barang hantaran, bawa balik hotel, mula bekerja dari sana.

Mula menampal dari Hotel Swiss Garden di KL


Sambung kerja di rumah Kelana Jaya pula
Awal tu nak buat tema minimalist. Bila dah siap, macam tak simple dah gayanya. 9 hantaran yang perlu disiapkan untuk balas 7 hantaran pihak perempuan. Gambar canvas tu idea saya, saja nak kasi elemen surprise dan unik buat Aisya. Tempah dari Tawau tu.. memang membangkitkan seri hantaran hari itu.
 
Buat hantaran ni lebih kepada passion dan hobby. Taklah pandai sangat. Setakat buat untuk diri sendiri punya wedding dan adik beradik boleh la. Alhamdulillah, everything went well.



Tema merah, hitam, rare.


Sebahagian hantaran dari pihak lelaki.
 
 
Close up.
 
Nikah semua went well. Rumah Aisyah dengan rumah kami tak lah jauh mana. Seberang highway, lintas jalan je. Dalam 5-10 minit sampai, walaupun jem. Hahaha.. tapi dek kerana konvoi. Nak menunggu semua sampai dan gerak sama-sama, semput juga la mengejar masa. Tok Kadi dah standby baru kami sampai. Berkejar-kejar. Haihh.. berpeluh mak buyong masa tu.
 
Yang hadir masa pernikahan adalah keluarga terdekat dan sahabat rapat mereka. Dulang girls and boys. Dulang boys pun satu hal. Make-up sikit punya lama. Hahaha.. nak pakai kain sampan macam diorang pula nak nikah. Apapun, kenangan-kenangan itu yang membuatkan hari itu lebih ceria dan bahagia. Nasib baik epen tenang masa tu. sekali lafaz, kami semua hilang beban di bahu. Syukur, Alhamdulillah.
Suasana di masjid ketika akad nikah sedang berlangsung

Malam pula, keluarga Aisya menjemput untuk berinai. Uniknya, ahli keluarga lelaki dijemput merenjis dan letak inai kat tangan Aisya, ahli keluarga baru. Besar inai diconteng maksudnya besar hati kami menerima dia dalam keluarga. Keluarga Aisya buat perkara yang sama untuk Epen. Majlis kecil sahaja, tertutup, hanya untuk ahli keluarga terdekat.
 


Berinai dengan adat Minang di malam hari pernikahan


Pagi-pagi drive dari KL ke Kelana Jaya
 The Big Day! Hari resepsi. Awal pagi kami sekeluarga dah siap dan pergi ke dewan. Malam semalam pergi juga, lepas berinai. Intai untuk tolong apa yang patut. Misi saya siang hari ini pula untuk siapkan candy buffet table, flower girl dan acara merenjis besar nanti atas pelamin. Juga, untuk atur ahli keluarga yang makan di meja makan beradab. Selain memberi ucapan kepada pengantin dan layan tetamu yang dah lama tak jumpa. Maklumlah, kita duduk jauh. Balik Semenanjung setahun sekali dua je. Mama dengan ayah pakat duduk luar depan pintu sambut tetamu. Kita round-round la satu dewan melayan yang kenal dan tidak. Ramai sungguh tetamu hari itu. Anak-anak pun dah tak tahu mana masa tu. Nasib baik semua pandai bawa diri.
 
Our small family in purple


Sepupu (Amalina & Awi) posing dengan kereta pinjam pengantin
 Dalam pukul 4, wedding habis dan hujan turun lebat membasahi bumi. Sebelum pulang ke hotel, topup tenaga dan raikan diri sendiri pergi makan steak dekat Taman Tun Doktor Ismail, kedai Flickr. Ingatkan balik, budak-budak ni pun penat, terus tidur.. rupanya sangkaan ku meleset. Tenaga diorang full bar lepas makan petang tu, tidur lewat malam juga hari itu. Tak apa, layankan sahaja. Lagipun, bukan setiap hari ada acara wedding adik-beradik macam ini.

Lepas ini, tinggal seorang adik lagi. Looking forward to wedding Udin. InsyaAllah, one fine day.


Minum petang melepaskan penat setelah sehari melayan tetamu di wedding



Comments

Popular Posts