Raya Brunei 2016 : Bake Culture

Happy Birthday!
MENANGGUH KEPUASAN
 
Di awal Ramadan, 2 anak saya diuji dengan demam campak. Yang sulung dahulu, diikuti dengan yang bongsu. Ia mengambil masa hampir 3 minggu untuk memulihkan keadaan normal seperti biasa. Tidur saya, memang tidak cukup dan lari dari jadual Ramadan yang sebelumnya. Hari jadi dua anak di bulan Jun juga tidak disambut dengan apa-apa.
 
Rupanya, ada hadiah yang menanti bila mereka dilatih menangguh kepuasan tempoh hari. Apabila dilatih untuk sabar, ganjaran berganda menanti di kemudian hari. Hari jadi kedua anak ini disambut dengan ringkas namun meriah sekali di negara jiran Brunei Darul Salam di pagi raya, usai solat Hari Raya Aidilfitri.
 
Aisyah dan suaminya berkata, "Pandai akak pilih kedai, bakeri hipster itu kepunyaan seorang artis di Brunei. Terkenal kedai itu!"
 
MasyaAllah, Alhamdulillah. Sungguh, kami tidak tahu ketika itu. Yang pasti kek dan roti-rotinya memang sedap untuk dimakan. Ia kenangan yang indah.
 
Selamat Hari Lahir Bella & Isaac.
 
Untung-untung, tahun depan kita sambut di luar negara lagi. Siapa tahu bukan..?
 
- Nota Facebook, 10 Julai 2016 -


Birthday Boy & Girl
Usai solat di Masjid Jame' Asr, kami mencari breakfast. Segan pula nak terjah rumah saudara yang tak pernah kenal di Brunei pagi-pagi, walaupun hari raya. Pusing punya pusing, kebanyakkan kedai tutup, cuti raya. Ada satu dua bakeri yang buka. Terpandang kedai yang satu ini, deco pula cantik dari luar, terus kami parking dengan hajat nak beli roti dan balik hotel. Bila masuk, macam best pula ada tempat untuk makan atas kedai ni. Roti kat sini, marvellous. Sedap! Esok siap datang lagi rindu nak makan roti sedap kat sini.



Kek kecil red velvet yang sedap


Unik
Kebetulan ada kek yang cantik-cantik juga dijual disitu. Cantik, sebab deco dia dan rasa dia saya tak pernah cuba. Teringatkan anak berdua ini tak sempat celebrate birthday lagi. Order la yang kecil, buat syarat, untuk sambut hari jadi mereka di pagi raya, di Brunei. Kelas tu.. celebrate birthday oversea gitu. Kek red velvet tu dengan topping fresh cream, nak tak nak kena habiskan kat situ juga sebab hotel tak ada peti ais. So, we take our own sweet time there. Lepaking, chilling, enjoying ourself there. Dalam jam 11 nanti baru Aisyah nak dating jemput bawa beraya dengan saudara-saudara Brunei dia.

Sesi memotong kek

Bakeri Hipster
Dan.. minuman di sini hot tea. With flavour. Tak ingat dah amik flavour apa hari tu, yang pasti memang sedap. Fresh juice ada juga, kena amik terus dalam botol dari peti ais. Pun sedap. Apa je la yang tak sedap kat Brunei ni.. dari nasi lemak, sushi, pizza, kek, ice blended.. semua sedappp!
 
Rindu Brunei... tiba-tiba.



Comments

Popular Posts