Raya Brunei 2016 : Istana Nurul Iman

Temuramah oleh TV Brunei

 
Hari Raya ke-2 adalah hari yang ditunggu-tunggu. Kami mahu pergi melawat Istana Darul Iman. Istana Negara Brunei ini dibuka kepada umum hanya 3 hari dalam setahun iaitu pada Hari Raya ke 2 sehingga ke 4. Oleh kerana kami berada di Brunei tepat pada waktunya, maka peluang keemasan ini tidak patut disia-siakan. Parking, subhanallah.. penuh. Tapi kami bertuah sebab ada keluarga di Brunei, pakcik amik kami di hotel dan drop by betul-betul depan gate Istana. Tak perlu jalan jauh-jauh. Rezeki ibu mengandung. Turut menemani kami hari itu, Hadi, Aisyah dan Iqbal Mateen, anak comel mereka. Semua siap bersongkok bersampin, hensem cun melecun. nak jumpa Sultanlah katakan.
 
Selfie dalam bas mini bawa naik ke istana
 
Perjalanan dari pintu gate Istana sehingga bangunan istana agak jauh. Ada bas-bas mini disediakan untuk tetamu yang hadir. Rezeki kami memang 'best' hari itu. Semua dipermudahkan. Dari bas, beratur masuk Istana, amik makanan, dapatkan meja, semuanya cepat dan tidak banyak rintangan. Anak-anak pun tidak meragam, Alhamdulillah.
 
Beratur ambil makanan


Makanan terdiri daripada semua lauk, ayam, seafood, pasta, nasi semua ada. Cuma time kami, kambing je dah habis. Menu yang lain semua masih ada. Sedap juga walau dimasak dengan skala yang agak besar. Memang pro tukang masak istana ni. Respect. Licin pinggan anak-anak makan hari itu.
 
Rezeki meja hanya untuk kami sekeluarga

Saya dan Aisya

Meja Dessert

Selepas solat, kami bersetuju untuk mengikut rombongan beratur untuk bertemu Sultan dan Sultanah. Ini upacara yang tidak wajib. Siapa mahu pulang terus selepas makan juga boleh. Tapi, sesekali datang dan alang-alang dah sampai, kita jalan terus sampai jumpa Sultan. Beratur masa ini agak mencabar. Barisannya panjang dan banyak pitstop. Kalau yang bawa anak kecil tu, siapkan lampin siap-siap. Kalau terkeluar baris, kena baris balik dari awal. Dan masa untuk salam sultan ini terhad, jam 10 am -12 pm dan 2 pm -4 pm sahaja. Baris lelaki dan wanita juga dipisahkan. Yang bestnya, kita dibawa untuk beratur di ruang-ruang istana yang berbeza. Dapat cuci mata. Sekali seumur hidup masuk istanalah katakan. Dan, menurut google, Istana Brunei antara istana yang terbesar di dunia. Menarik bukan?
 
Beratur untuk salam Sultan dan Sultanah serta kerabat yang lain

Pintu gerbang ini diperbuat daripada emas. Memang mengkagumkan seni ukiran dan dekorasi di dalam Istana ini.

Kupon untuk hari raya ke-2
 
Ini ruangan terkahir di mana tetamu boleh mengambil gambar. Ruang-ruang di hadapan Taman Bunga ini, kamera adalah dilarang. Tak berani pula nak langgar peraturan, ini Negara yang mengamalkan Hudud. Sekadar menghormati tuan rumah, kita patuh dengan arahan yang diberi. Biarlah ia kekal menjadi memori saya dan anak-anak ketika itu.
 
Taman Bunga dalam Istana

Kami bertemu semula di ruang legar luar istana setelah bersalaman dan mendapat door gift dari pihak istana. Rezeki Isaac, dia dapat 5 Dollar dari Sultan, duit raya.

Selepas bertemu Sultan dan Sultanah
Rezeki suami juga ditemuramah oleh pihak televisyen Brunei tentang kenangan beraya di Istana Darul Iman. Siarannya di kaca tv, kami tidak sempat tonton. Sudah bergerak pulang ke Tanah air awal pagi keesokan hari.

Ada orang kena interview Berita Brunei

Kelebihan beraya di Brunei ketika hari raya ialah Istana Darul Iman ini sendiri. Tempat lawatan hari biasa seperti muzium dan sebagainya ditutup kerana cuti raya. Tidak mengapa. Ia masih boleh dilawati lain kali. Namun, pengalaman beraya di Istana Darul Iman belum tentu lagi dapat dibeli sekali lagi.

Di gate pintu hadapan sebelum pulang

Door gift - Kek buah dan biskut raya

Ini merupakan beberapa bingkisan gambar di sekitar laman istana untuk tatapan pembaca.
 
Cantik bukan?




Ia memori yang cukup berharga dan indah buat saya dan anak-anak. Terima kasih tidak terhingga kepada saudara yang sudi melayan kami tanpa mengira penat dan lelah mereka. Semoga Allah jua yang mampu membalas jasa baik mereka.
 
Wishlist 2016
Istana Brunei - checked!
 






Comments

Popular Posts