Raya Brunei 2016 : Masjid Hopping

 
Poster menunjukkan jumlah masjid yang ada di Brunei Darul Salam
 
 
Ini antara doa saya di Mekah baru-baru ini, "Ya Allah ya tuhanku, izinkan aku membawa anak-anak ke Negara-Negara Islam-Mu agar mereka dapat belajar dan mengenali-Mu dengan lebih dekat."
 
Lebih kurang sebulan selepas kepulangan kami ke Tanah air, Allah membuka jalan untuk kami sekeluarga ke Brunei.
 
Keindahan Islam di Brunei terletak pada masjid-masjidnya. Bukan satu tetapi banyak. Semua masjid punya keistimewaan tersendiri. Antara aktiviti wajib anda apabila berada di Brunei ialah Masjid-Hopping. Ambillah berkat doa musafir anda ketika ini. Rasakan ketenangan yang ada pada setiap masjid di sini.
 
Masjid ini ada kain ka'abah yang asli
 

MASJID KAIN KAABAH
 
Antara aktiviti menarik di Brunei tempoh hari ialah Masjid-Hopping. Banyak Masjid cantik-cantik ada di sini. Antaranya, masjid terapung, masjid berkubah emas dan masjid ini, bertiraikan kiblat kain kaabah yang sebenar.
 
Kain ini bernilai 80'000k, saya tidak pasti matawang mana. Itu yang dimaklumkan oleh hos kami.
Sengaja kami ambil gambar sekeluarga di hadapan kain ini, mana tahu impian ke tanah suci dan bergambar di hadapan Kaabah sebenar, sekeluarga, bakal menjadi nyata suatu hari nanti.
Doa musafir kan makbul. Doa, jangan tak doa. ^____^
 
- Nota Facebook, Julai 11, 2016 -
 

Masjid Omar Ali Saifudein pada waktu malam

Masjid Omar Ali bersama #gengrayabrunei
 
Ini antara beberapa masjid lain yang kami lawati. Nama masjid pun saya dah ingat-ingat lupa. Tak ada bakat langsung nak jadi blogger. Haha..
 



Sehingga bertemu lagi Brunei. InsyaAllah, satu hari nanti.

Masjid Emas dalam kenangan.

Comments

Popular Posts