Raya Brunei 2016 : Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah


Raya Brunei 2016
 
Tanggal 5 Julai 2016, kami sekeluarga memulakan perjalanan dari Kota Kinabalu ke Brunei via feri bot di Menumbuk, Sabah. Bot pertama ke Labuan, kemudian dari Labuan ke Muara, Brunei feri yang ke-2 pada hari yang sama.
 
Di Malaysia, esok, 6 Julai sah-sah dah raya. Tapi di Brunei belum tentu lagi. Diorang belum tengok anak bulan. Most probably, lewat sehari. Biasanya begitu, dan kami dah prepare mental untuk puasa lebih 1 hari tahun ini. Sampai Brunei ngam-ngam dekat nak masuk waktu Maghrib. Buka puasa dalam kereta makan roti je masa tu sebab tak sempat sampai Bandar, masih di atas highway. To be true, kami pun tak sure kami di mana masa tu, ikutkan je GPS dan tawakal sahaja. 
 
Sambutan di Imigresen  Brunei sangat mengkagumkan. Ada barisan pekerja yang sambut kedatangan kereta masuk Brunei dengan meletakkan tangan di dada sambil menunduk hormat. Allah, segannya. Berbudaya tinggi sungguh bangsa ini, 1st impression. Eh, silap 2nd impression. 1st thing strike me, bila dalam bot awal tadi, siap baca doa dan ucapan professional kepada penumpang ala-ala kami dalam kapal terbang pula. Padahal bot feri kenderaan sahaja. Respect!
 
Dan.. orang Brunei memang tak tahu raya bila. Saya siap tanya puan yang jaga di kaunter imegresen, agak-agak raya esok ke? Dia kata memang tak tahu, pergantungan kepada anak bulan sangat tinggi. terasa macam zaman kecik-kecik dulu, seronok tunggu pengumuman raya.
 

Atas bot mencari Brunei
 
Alhamdulillah, 1st destination yang kami tuju apabila jejak kami di Tanah Brunei ialah Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah. Nama lain masjid ini, masjid emas. Memang ada sebahagian daripada kubah itu dibuat dari emas tulen. Masa kami sampai, solat maghrib berjemaah dah habis. Orang dah pakai kasut nak balik. Pelik juga, tak tunggu Terawih ke? Tapi, layankan saja, sebab belum solat dan buka puasa proper kan.. jadi lawan arus nak gegas bersolat.
 
Makanan yang diagihkan untuk berbuka juga dah habis. Masa saya nak naik tingkat atas untuk solat, ada jumpa seorang makcik ni, dia bagi sebungkus dua makanan dia. Dan dia bagitau, esok raya. Hah! Betul ke, saya siap tanya banyak kali. Siap dia tunjuk whatapps yang dia dapat pengumuman raya. Apa lagi, hooraa horeeyy la kami pun. Yea, esok raya!
 
P/s : Masjid ni tempat wudu dia canggih. Guna sensor, bila duduk dan kaki dikesan, air akan turun automatic. Canggih sungguh.
 


Malam

Ruang solat wanita tingkat atas


Selepas solat, kami ke hotel untuk check-in. Aisyah, anak saudara yang sudah berkeluarga di Brunei, datang jemput kemudian untuk bawa makan ambuyat. Suami request nak cuba. Not bad at all, sedap juga actually. Makan dengan lauk-pauk. Ambuyat tu karbo yang menggantikan nasi. Kena makan masa dia panas-panas baru sedap. Kebetulan, itu malam terakhir kedai itu beroperasi sebelum cuti panjang raya. MasyaAllah, memang rezeki. Kalau tak makan malam tu, memang tak sempat makan dah.
 

Ambuyat untuk dinner
 



Rahimi dari hotel. Masjid Asr dapat dilihat dari balkoni ini.

Esok tu, kami bangun fresh untuk menyambut Raya. Mana tak fresh, tak kena bertungkus lumus masak rendang macam biasa. Raya tahun ni mood bercuti, hehehe. Bangun, gosok baju, berwangi-wangi, masuk kereta terus pergi masjid. Masjid pula tak sampai 5 minit dah sampai, dekat betul dengan hotel. Cuma pagi tu memang sesak la kereta penuh. Rezeki mak buyong, dapat parking dekat dan dekat dalam perkarangan masjid. Masa ni dah 32 minggu. Exactly sebulan lepas balik Brunei, Hawa bersalin. As always, Masjid Jame' Asr tidak pernah mengecewakan. Cantik bercahaya tersergam indah. Pelbagai lapisan masyarakat ada. Rasa macam dekat Madinah pun ada juga. Semua negara ada, semua warna kulit, semua warna mata. Tak tipu.


Gambar pertama di pagi raya
4 Sekawan
 
 

Solat pagi raya
 
Ruang masjid ni besar. Decoration, Interior Design superb. Seronok Rahimi lari-lari sana sini. Kami sempat solat kat ruang kaki masjid je. Manusia dah cukup ramai masa kami sampai. Sebesar-besar masjid ni, PENUH! Setiap baris kaki tangga ada baris saf orang solat, bayangkan. Husna, Bella dan Rahimi dengan saya, Iss dengan Isaac. Tak berapa dengar khutbah, sayup-sayup je. Dan orang berderu keluar lepas solat, memaksa kami di ruang pintu ni kena keluar dan bagi laluan. Jadi kami pun dengar khutbah dari ruang taman-taman bunga masjid, sambil bawa Rahimi jalan-jalan.
 
 


Jubin dinding yang cantik

Kolam-kolam kecil ada di sana sini
 
 

Saya dengar khutbah dari sini
 
 

Hari pertama Raya di Brunei, kami di bawa berjumpa keluarga mertua Aisyah di sini. Masuk kampong dan jumpa saudara-mara mereka. Keluarga yang cukup besar. Tak sempat sehari nak pusing semua. Satu tips, di Brunei, kalau raya, stesyen minyak dan kedai makan banyak tutup. Especially stesyen minyak. Kena isi awal atau, pandai-pandai la nak hidup. Kes kami, pak mertua Aisyah paksa naik kereta dia ke sana sini sebab dia risau, minyak kami dah nak habis. Hari Raya ke-3 baru buka banyak stesyen minyak. Bukan tak ada langsung yang buka, ada. 2 je untuk satu bandar. Tapi, yang beraturnya, taubat panjang. Silap hari bulan minyak habis masa beratur tu je. hahaha...



Our beautiful extended family in Brunei
 
Dan, makanan kat Brunei.. memang sedap! Untuk citarasa saya, memang kena di tekak. Dari rendang, soto hingga ke pemanis mulut mereka. Budak-budak ni makan, like there is no tomorrow. Hahaha.. Must try in Brunei, yang saya rekemen, ambuyat, nasi katok dan kek ladam kuda!
 
Nasi katok adalah makanan kegemaran rakyat Brunei. Ia boleh di dapati di mana sahaja, siang atau malam dan harganya tidak pernah lebih atau kurang, 1 Dolar Brunei sahaja. Yang ni, time raya pun ada jual. Kena pandai cari tempat juga la. Nasi katok adalah hidangan ringkas, nasi putih bungkus, ayam goreng beserta sambal. Keistimewaannya, terletak pada sambal. Ada pelbagai sambal untuk anda pilih, mengikut selera idaman anda. Bagaimana rasanya? Kena cuba sendiri untuk tahu.
 

Kek Ladam Kuda
 
Sebelum pulang, usah lupa untuk mencuba pencuci mulut, kek ladam kuda. Ia sejenis kek gulung berintikan coklat nuttella. Apabila dipotong, corak-corak ladam kaki kuda akan terbentuk. Rasanya pasti akan membuatkan anda tidak tidur malam nanti. Confirm.


Comments

Popular Posts