Wrapping 2016 Memories




2016 start rough. It was full with tears, excitement, up and downs. Ini kisah saya.



January :

Tahun ini dimulakan dengan Bella yang tiada di sisi. Tidak pernah saya berenggang dengan mana-mana anak sebelum ini. Buat pertama kalinya, Bella kena tinggal di Semenanjung untuk ke Sekolah Dyslexia di Shah Alam.  Dan kami, di Tawau, Sabah. Emosi - roller coaster. Susah hati, rindu, takut, seronok untuk dia semua ada. Plus, saya dalam recovery stage untuk back pain. Saya disahkan ada slip disc fasa 1, apabila melakukan pemeriksaan hujung tahun 2015 bersama Ortopedik di Kelana Jaya Medical Centre.

Januari juga, kami mendapat kejutan yang pertama Allah bagi. Tanpa disangka-sangka, I got double line! Mengandung lagi! Oh tidak! Ini perkara terakhir yang saya mahukan. Dengan slip disc belum baik, MasyaAllah.. saya menangis teruk masa ini. I am not ready. Itu saya kata. Kemudian memikirkan, teringin mahu ke Mekah sekali lagi (berangan nak buat Haji) confirm tak lepas sebab ada baby baru ni. Nangis lagi. Bulan Januari, amat menyedihkan ketika itu.




February :

Life goes on. Muntah. Kencing kotor (1st time ni, walau dah 5 kali pregnant). Berserah je la. Nak buat macam mana. Kami celebrate Chinese New Year 2016 di Hotel Marco Polo. Tak beriya nak berjalan. Missing a puzzle in the family. Masa ini preparation nak buat wedding epen, bulan 3 nanti. Super excited sebab nak balik KL jumpa Bella. We call each other every day, not a day missed.




Mac :

We flew back to KL. Yeay! Jumpa Bella. Wedding Epen. Short and very packed holiday. Bella ikut balik Sabah. New member of the family, Aisyah moved in. Alhamdulillah, I got a new sister! Masa ni, acah sihat. Padahal balik wedding je muntah teruk sampai tengah malam. Esok, jumpa orang fresh and steady. Mostly, orang tak tahu saya pregnant pun masa tu.




April :

End of 1st trimester. Badan dah mula sedap dan sihat sikit. Apa lagi? Zasss.. kita bercuti ke Pulau. Life is a bit rumble masa ni. Iss stuck dengan masalah kerja. Internal problem. So, bercuti sekejap. Amik angin. Mabul - Kapalai. Hilangkan stress. Cari peluang untuk doa makbul bila merantau.




May :

Out of the blue idea. Because of the stress he is getting from the office, Iss ajak pergi umrah. Last minit plan. Tup tup, tau tau je dah sampai depan Kaabah. MasyaAllah, Tabarakallah. Ini umrah kami yang kedua. I was pregnant 6 bulan ++. She is indeed one special baby. Menjadi tetamu cukup awal. Perjalanan umrah kali ini tidak kurang menarik. Penuh pengajaran untuk kehidupan yang bakal kami lalui bila pulang nanti. Yes, saya diuji untuk sakit di sana. Nasib baik tak bersalin kat sana, hehehe... Right before umrah, kami sempat buat praktikal training mengajar pelajar istimewa di Pulau Bum-Bum, Sempoerna.




June :

Ramadhan! Bulan yang focus ibadat 100%. Husna dan Rahimi demam campak masa ini. Dugaan! Kita teruskan kerja-kerja amal sedekah yang mana mampu. Tak berapa aktif tahun ini, makin sarat kisahnya. Tahun ini train Bella berpuasa. Not bad, dia missed hanya beberapa hari sahaja. And, I lost my dearest uncle, Che Man upon the 10th of Ramadhan. He was among the closet to nenek. Dia menyusul mengikuti jejak nenek paling awal. Semoga rohnya tenang di bersama nenek di alam sana.




July :

Beberapa hari sebelum raya, Iss kena pergi KK untuk interview exam Ir. So we did our 1st road trip for the year. Tawau - Keningau - Kota Kinabalu - Menumbok - Labuan - Brunei. Alang-alang dah nak raya, kira raya oversea terus. Ngam-ngam pijak Tanah Brunei, pengumuman raya dibuat. Esok Raya!





August :

Balik roadtrip, pinggang terus sakit. Dekat brunei ok je berjalan. Ngam sebulan balik dari Brunei, lahirlah permata hati (insyaAllah bongsu ni) Hawa Humaira Isham, 36w. Awal 4 minggu, mak dia terlebih aktif berjalan. So, berpantanglah kita 44 hari.




September :

Visa 90 hari masuk Sabah nak expired. So, here goes our 2nd road trip of the year. Tawau - Keningau - Tenom - Lawas (Sarawak). Kemudian, Lawas - Tenom - Tambunan - Kundasang - Sandakan - Lahad Datu - Kunak - Tawau. Round dunia si Hawa.




Oktober :

We had a new baby in our life. Nur Isabelle. MasyaAllah. Anak susu yang tidak disangka-sangka. Dan kami pergi ke Koko Teck Guan Village bulan ini. Belajar tentang koko.




November :

Arahan berpindah ke anak syarikat TNB yang baru. Notis cukup pendek. Bungkus semua barang, dan kami lakukan road trip yang ke-3 tahun ini. Tawau - Keningau - Kota Kinabalu - Menumbok - Labuan. And we lost our beloved step-mom on this month. To be exact, hari perjalanan kami berpindah dari Tawau ke KK. It was a sorrow day. Yet, Allah has plan His best. Alfatihah buat Mak Niza. We slept in Hotel for almost 2 weeks. Floating, sementara jumpa rumah baru.





December :

Settle down. Isaac sunat. Cari sekolah baru. Mulakan 2017 dengan kosong. Husna dan Isaac dapat sekolah Tahfiz yang best. Bella dapat masuk Labuan International School. Pretty slow and steady month for us. Bulan muhasabah diri dan kumpul tenaga untuk tahun yang lebih mencabar 2017.

So, 2017, bring it on. We are ready to sail through, with the help of Allah of course.

Comments

Popular Posts