Kek Cawan Nanas



Kek Cawan Nanas

Bahan :

1/3 cawan minyak
1/2 cawan susu
3/4 cawan gula
1 biji telur
1 cawan tepung
1/2 sudu teh esen vanila
Secubit garam
1 cawan buah nanas yang dipotong kecil

Cara :

Gaul semua bahan dan masukkan nanas potong sebagai bahan yang terakhir.

Masukkan ke dalam cawan kecil, separuh sahaja. Letak nanas sepotong lagi di atas. Taburlah apa pun, bagi anak suka.

Bakar 20-30 minit. 170°c. Sejukkan seketika sebelum menjamu selera.

Kek ini bagus sebagai remedi untuk anak-anak yang batuk. Maklumlah musim anak-anak tak sihat. Nanas adalah ubat semulajadi untuk memulihkan batuk. Susah sangat nak bagi anak makan nanas raw, kita bakar kek kasi sedap.

Selamat mencuba!

.

Comments

Popular Posts