Kek Cawan Vanila Coklat Chip


Kek Cawan Vanila Coklat Chip

Bahan-bahannya :

1.5 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan gula castor
2 biji telur
1/2 cawan minyak
1/2 cawan susu
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
Coklat chip ikut suka.

Satukan semua jadi sebati. Rahsianya, bahan kering dan basah asingkan. Masukkan bahan kering sedikit demi sedikit sampai habis.

Masukkan ke dalam cup separuh atau tiga suku cawan. Kembang semangkuk cantik kek ni naik.

Tabur coklat chip sedikit di atas untuk lebih menarik. Adunan ini ngam-ngam cukup untuk 16 cawan sahaja.

Bakar lebih kurang 30 minit. Makan tak sampai 10 minit dah habis.

Selamat mencuba!

.

Comments

Popular Posts