Kek Marbeless Pelangi


Kek Marbeless Pelangi

Bahan-bahan :

1.5 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan gula
1/2 cawan minyak
1/2 cawan susu full cream
2 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
Pewarna merah dan hijau.

Cara :

Campur sebati.

Asingkan kepada 3 bekas. Titikkan warna hijau dan merah ke dalam dua bekas berbeza.

Selang selikan bancuhan kek, vanila, merah dan hijau, sampai habis.

Bakar 25-30 minit atau sehingga masak. Api 180°c, atas bawah.

Sejukkan dan sedekah kat jiran sempena Hari Jumaat.

Selamat mencuba!

.

Comments

Popular Posts