Petua Panjang Umur, Hidup Ceria



Tips suka-suka. Siapa tahu ia bermanfaat untuk anda cuba.
 
 
1. Usah bandingkan diri dengan orang lain. Hidup di jalan lurus anda sendiri. Tak perlulah orang sebelah rumah tukar kereta baru, kita pun nak tukar kereta baru. Orang sebelah tambah anak baru, kita tak nak tambah anak baru?
 
2. Usah mind-read. Tak payah nak fikir orang di luar sana sedang mengata apa tentang kita. Entah-entah, mereka rileks je tak fikir apa pun. Kita yang over fictionist. Tenang sudah.
 
3. Let go and let God. Dalam banyak perkara manusia cuba mengawal semua benda. Manusia ini lemah, bersandarlah pada Allah. Jangankan dunia, darah dalam badan pun kita tak mampu nak kawal. Zikalah, darah tinggilah, denggilah, macam-macam lagi.
 
4. Belajar diam. Bukan mudah, tetapi ini proses menjaga hati sendiri. Lagi banyak kita kondem sesuatu, lagi kita tambah setitik bara dalam hati. Lupakan terus jika ia tiada manfaat, ambil tindakan jika ia perlukan perubahan. Membebel tidak membawa anda ke Syurga.
 
5. Cari teman gelak ketawa. Keluarga atau sahabat handai, anda lebih kenal mereka. Bersangka baik, raikan sahabat dengan hati terbuka, bukan soalan sensitif tembak terus luka.
 
6. Berhenti makan sebelum kenyang, solat tepat pada waktu, Alkahfi wajib setiap minggu. Ini semua pembekal cahaya, untuk badan, rohani dan jasmani.
 
7. Jadi diri sendiri. Tak perlu di paksa jadi orang lain. Kita ciptaan yang sempurna di sisi Illahi. Yang nak pi ubah sana sini, apa sebenarnya yang tak cukup Allah beri?
 
8. Belajar dari anak kecil. Mereka menyimpan pelbagai rahsia bahagia. Buang Ego, hidup kita tidak lama.
 
 
 

Sabrina Ismail.
Tawau, 31.1.2016

Comments

Popular Posts