Labuan International Sea Challenge vs. Regatta Lepa

 
Setiap tahun di Sabah dan Labuan, pada bulan April, ada dua event penting bertaraf antarabangsa. Sayangnya, ramai orang tempatan sendiri tidak tahu tentang event ini. Keduanya berjalan lebih kurang pada tarikh yang sama. Satu, Labuan International Sea Challenge dan satu lagi Regatta Lepa di Semporna, Sabah. Percayalah, ini antara masa peak dimana hotel-hotel semua penuh. Orang luar pakat turun ramai-ramai menyaksikan event unik ini di Malaysia. Ia minggu yang ditunggu-tunggu.
 
Berpeluang untuk tinggal di Sabah dan Labuan, kami sekeluarga dapat pergi kedua event ini dan menyaksikan sendiri kemeriahnya. Bagi saya, keduanya punya keistimewaannya tersendiri.
 
Labuan International Sea Challenge berlangsung 2 hujung minggu. Ramai juga penyertaan dari luar Negara. Boleh dikatakan, kesemua acara yang dipertandingkan di majlis ini melibatkan laut dan pantai. Antaranya, sepak manggis, membina istana pasir, lumba bot penumpang, tarik tali berperahu,menaiki perahu layar, berenang dan berkanu ke pulau, menangkap itik, silat pantai dan pelbagai lagi. Menarik, memang menarik. Jika berpeluang, sekali seumur hidup, carilah peluang untuk melihat acara menarik ini di Negara sendiri. 
 
 
 
 
Regatta Leppa pula adalah acara tempatan penduduk di Sempoerna. Memang pesta, meriah berwarna-warni. Seluruh kampong yang ada mengambil bahagian. Bendera berwarna warni di pasang sepanjang perjalanan masuk ke Bandar Semporna. Ada pertandingan lepa tercantik dan perlumbaan juga, jika tidak silap saya. Selain itu, antara kemuncak acara ini ialah persembahan kebudayaan, dan ratu cantik di antara etnik-etnik yang ada. Jika anda mahu mengenali kebudayaan dan masyarakat unik Negara Sabah, inilah masa yang tepat untuk anda turun melancong. Dari pakaian, tarian, makanan, pelamin perkahwinan dan macam-macam lagi turut dipersembahkan kepada umum. Saya dan anak-anak terlalu bertuah dapat menetap di Tawau selama beberapa tahun. Kami sempat menyaksikan Regatta Lepa XXII pada tahun 2015.
 
 
Jika ditanya yang mana lebih istimewa, saya tiada jawapannya. Keduanya sama hebat. Keduanya wajib ditonton. Jika diberi peluang, saya mahu pergi untuk kedua acara sekali lagi. Dua persamaan yang ada, kedua acara ini berlangsung pada musim panas. Jika ada anak kecil, pastikan mereka memakai pakaian yang sesuai dan bawa pelindung kepada yang sesuai. Pastikan juga, anda membawa bekalan air yang mencukupi. Sungguhpun panas, ia suatu pengalaman yang mahal. Percayalah!
 
Jika tidak, masakan mat salleh beratur mahu datang dan melihat acara ini sendiri.

Comments

Popular Posts