Majlis Doa Selamat, Cukur Jambul Hawa Humaira

 
Majlis ini diadakan pada 31/8/2016. Sepatutnya kecil-kecilan, tetapi last minit pasang khemah sebab hari panas, jadi besar dan meriah pula. Masa ini, nenek dengan atuk masih ada di Tawau. Esok, flight balik KL. Jadi, kami ambil peluang sempena cuti Merdeka untuk jamu sahabat dan kenalan yang ada di Tawau. Rakan FB, kawan SJ Kubota, kawan masjid, jiran lama dan baru, semua datang. Alhamdulillah.
 
 
 
 
Tak ada kambing. Tiada aqiqah dilakukan. Aqiqah telah selamat dibuat di Janda Baik (rumah Puan Ainon), ketika Raya AidilAdha. 
 
 
 
Hawa baru jatuh pusat. Selepas 18 hari bersalin. Paling lambat jatuh antara semua. Kebetulan, 3/9/2016 adalah hari jadi Rahimi yang ke-2, alang-alang kita potong kek sekali. Kek 3D Durian, anti Zack, jiran sebelah rumah, lagend cake maker Tawau yang tolong buatkan.
 
 
 
FAREWELL
 
Semasa berpindah dari Tawau, kami tidak sempat melakukan sebarang majlis farewell. Tidak sempat. Arahan mengejut. Ramai yang tidak tahu, ramai juga yang tidak sempat untuk kami salam.
 
Namun, mungkin ramai yang tidak perasan, kami sudah melakukan majlis farewell untuk diri kami sendiri. Majlis doa selamat kelahiran Hawa ini, memang niatnya untuk merai sahabat-sahabat di Tawau. Buat kali terakhir.
 
Ada perasaan, sudah tidak lama kami akan berada disini. Tidak tahu bila, tapi sudah tidak lama. Terutama selepas selesai urusan menyusukan Nur Isabelle, memang kami hanya menunggu hari. Tugas kami di Tawau sudah selesai, secara amnya.
 
Alhamdulillah, walaupun bukan semua, ia berjaya mengumpulkan semua kenalan kami yang ada sepanjang hampir 3 tahun disana. Jiran lama dan baru, rakan online, rakan ofis, orang masjid, semua hadir. Meriah, sungguhpun dalam diam ia majlis perpisahan buat semua.
 
Pada malam terakhir kami di Tawau, sehingga lewat malam, masih ada tetamu di pagar rumah. Yang tahu betul-betul saat terakhir, mengambil peluang untuk bersalaman.
 
Ada salah seorang rakan kerja suami, dalam terkejut, mahu memberi Al-Quran yang dibaca hari-hari sebagai tanda persahabatan. Allah, sungguh kami terharu. Kami tidak ambil Al-Quran itu secara fizikal, tetapi ia hadiah yang kami simpan rapi di hati. Terima kasih.
 
Tawau banyak mengajar kami sekeluarga. Erti sabar, sahabat dan soleh. Adat dunia, semua hanya sementara. Apatah lagi untuk keluarga berpindah-randah seperti kami. Labuan juga, pasti kami tinggalkan suatu hari nanti.
 
Sementara hari ini, mari kita terus merai udara, ketam, udang, coklat yang masih ada di hadapan mata. Bak kata pepatah, esok jangan rindu-rinduan.
 
**Mode : I love and miss you, Orang Tawau**
 
Facebook status - March 9, 2017
 
 
Post majlis. Hawa dah botak licin.
 

Comments

Popular Posts