Happy 1st Birthday Hawa Humaira Isham

Our Lil' Eve
 
Happy Birthday Hawa. Our 2nd Sabahan baby. Toughest among all. Hawa, satu-satunya anak yang kena Jaundice sepanjang 5 kali melahirkan. Termasuk beberapa symptom mengandung yang berbeza dari adik beradik yang lain. Tiba-tiba ada kencing kotor, tiba-tiba tidak ada GBS +ve. Pengalaman mengandung Hawa ternyata berbeza, lain sangat dari yang lain. Kena restudy macam mengandung kali pertama pula. Banyak ilmu baru yang dapat kali ini. Ditambah pula, menerima jemputan umrah ketika mengandung dia umur 6 bulan. Allah, Allah.. Berat lahir 2.3kg turun kepada 2.1 pada awal minggu kelahirannya. Kenyataan yang amat menakutkan. Sudahlah lahir tanpa ahli keluarga lain disisi. Mak dengan ayah belum sampai dan kami sudah keluar masuk hospital beberapa kali. Agak mencabar di awal-awal hari membesarkan Hawa. Namun, Alhamdulillah.. Hawa Berjaya melepasi tahap kritikal dan membesar dengan jayanya selepas itu. Pengalaman yang amat mahal, terima kasih ya Allah. Ia membuatkan kami lebih menghargai kehidupan pendek yang ada.
 
 

Day 1



Jaundice
 
 Walaupun lahir di Sabah, namun rezeki Hawa di Bumi Sabah tidak lama. 3 bulan selepas kelahiran, kami sekeluarga berpindah ke Labuan. Dan 8 bulan selepas itu, kami diarahkan kembali pulang ke Semenanjung. Tidak sampai umur 1 tahun, Hawa sudah mengalami 2 kali penghijrahan besar dalam hidup. Tawau - Labuan, Labuan- Kuala Lumpur.
 
Bab musafir, seawal 2 bulan, Hawa sudah sampai ke Lawas, Sarawak dan pusing hampir keseluruhan Sabah. Dari bot, feri sehingga kapal terbang (termasuk Grab Taxi) semua dia dah try naik. Cruise Sungai Kinabatangan, jungle tracking, mandi laut - checked. Kuat berjalan anak dara ni. Bawa keluar rumah, senyum sampai pipi. Brunei juga Hawa sudah selamat sampai - beraya bersama saudara di sana tahun 2017. 
 
Butterfly Sister

Harmain Baby


 
Hawa tidak pernah menjejakkan kaki ke Semenanjung dari lahir sehingga umurnya 10 bulan. Rezeki Hawa - atuk Mail, nenek, nek Ton, Grandma dan atuk PD semua terbang ke Labuan untuk berjumpa Hawa. Epen pun berkesempatan untuk melawat Hawa dek kerana assignment kerja di Labuan masa itu. Tak pasal-pasal semua dapat peluang berjalan dan kena terbang jauh untuk jumpa Hawa. Apa pun, ia satu kenangan yang indah buat semua. 

Labuan Weekend Day Out
 
Hawa 1st Eid Fitri
 
Brunei water village boat ride 2017
 
Hari ini, harijadi Hawa, abang-abang dan kakak-kakak semua excited nak sambut untuk Hawa. Ya, Hawa amat disayangi semua. Saya kira, ia bonus yang anak bongsu biasa terima. Semua sepakat untuk membuat party kecil untuk Hawa. Mereka bangun awal pagi, tiup belon untuk Hawa. Semalam, Bonda dan Papa memberi mereka budget RM10 untuk memilih mana-mana hadiah buat Hawa. Untuk kali pertama dalam hidup, hari ini Hawa punya mainan sendiri. Selama setahun, kami tidak pernah belikan Hawa apa-apa. Itu juga membuatkan Hawa lebih cenderung kepada buku berbanding mainan. Setiap mainan itu, Bonda abadikan dalam gambar terakhir no '12' bulan untuk Hawa ingat kasih sayang adik-beradik yang lain, suatu hari nanti. 
 
Never take their love for granted. Cherish it forever in your life. Love them back unconditionally. Especially when I am not there anymore to make sure everyone stick as one.
 
Birthday Girl
 
Day 365
 
Selamat Hari Jadi Hawa.
 
 
Love,
Bonda

Comments

Popular Posts