Kuala Lumpur Heritage Walk - August 2017



"Ok, balik KL ni, nak pergi mana? Bagitahu, nanti Bonda dengan Papa bawa."
 
"Dataran Merdeka."

Biar betul budak-budak ni. Bertahun saya tinggal di Lembah Klang, tidak pernah terlintas sekalipun mahu berjalan ke Dataran Merdeka.
 

Janji harus ditepati, terutamanya pada anak-anak.

Hari Sabtu yang lepas, kami sekeluarga mengikuti program percuma anjuran Biro Pelancongan Kuala Lumpur untuk berjalan di sekitar Dataran Merdeka dan menyelusuri sejarah di sebalik bangunan-bangunan yang ada di situ.

 
Mengkagumkan. Kebanyakkan tempat yang dilawati, pertama kali saya lihat dan tahu wujud pada umur hari ini. Sejarah yang dikongsikan, tidak semua ditulis di buku sekolah.
 
 
Sayang, semua yang mengikuti perjalanan itu hanya pelancong dari luar negara. Jarang-jarang orang kita tahu aktiviti ini terbuka kepada umum dan ia percuma.
 
 
Memandangkan ia bulan merdeka, perjalanan dua jam setengah itu menjadi lebih bermakna. Semangat patriotisma kami sekeluarga meningkat 300%.
 
 
Sungguh, melihat perjalanan Malaysia sehingga hari ini, saya amat sayangkan negara hujan batu ini. 60 tahun bukan sekejap. Rangka masa depan yang telah dirancang untuk Kuala Lumpur membuatkan, bukan sahaja pelancong luar, malah kami juga ternganga - bangga!
 
 
Patutlah orang luar berebut-rebut mahu ke negara kita. Ilmu dan khazanah emas tersorok ini, membuatkan kita sama hebat dengan negara luar sana - Dubai, China dan sebagainya. Tiada kurangnya.
 
 
Kenalilah negara kita. Banyak manis dan pahit telah kita lalu bersama. Sudah tiba masa untuk kita hidupkan semangat juang harmoni yang baru untuk anak-anak masa hadapan.
 
 
Kekalkan merdeka kita, semalam, hari ini dan terus esok.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
 
Srikandi patriotik,
Sabrina Ismail
Kuala Lumpur Heritage Walk 2017

 

Comments

Popular Posts